Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Lelaki Ini Kongsi Cara Termudah Bersihkan Siput Sedut, Guna Alat Ini Je. Barulah Isteri Bahagia & Makin Sayang!

Lelaki Ini Kongsi Cara Termudah Bersihkan Siput Sedut, Guna Alat Ini Je. Barulah Isteri Bahagia & Makin Sayang!

Kategori: ,
cara mudah bersihkan siput sedut

Siput Sedut merupakan haiwan hidupan air tawar yang sangat digemari oleh masyarakat Melayu. Seringkali menjadi menu utama di restoran masakan kampung, siput ini juga turut dikenali sebagai siput belitung.

Banyak dijual di pasar tani atau pun di mana-mana, ia merupakan antara laut yang agak mudah untuk dijumpai. Kebanyakan dari penduduk Asia Tenggara seringkali menjadikan siput sedut in menu santapan. Hidangan yang paling biasa bagi siput ini adalah masak lemak.

Bukan sahaja sedap dimakan namun cengkerangnya seringkali dijadikan perhiasan oleh mereka yang berjiwa seni. Namun begitu, untuk memakannya memang sedap dan mudah namun proses pembersihannya agak susah dan memerlukan tenaga yang banyak.

Memandangkan bentuknya yang sedimikian rupa dan kehidupannya juga berada di dalam tanah air tawar, jadi ia agak menyukarkan kita untuk membersihnya. Ramai yang memberus dan memasukkan ke dalam mesin basuh manual.

Walaupun begitu, bagi mereka yang tiada mesin basuh manual apa nak buat ye? Jangan risau, gunakan sahaja alat yang mudah dan cepat ini. Alat tersebut adalah water jet. Kalau sudah sedia ada dekat rumah korang, bolehlah menggunakannya.

Kalau tiada, pinjam sahaja dengan kawan atau jiran. Menggunakan water jet untuk membersihkan siput sedut adalah lebih mudah dan cepat. Dua tiga kali sembur, dah boleh mula memasak.

Nak tahu cara tersebut dengan lebih lanjut? Jom kita ikuti cara bersihkan siput sedut yang dikongsikan oleh CikguFer di aplikasi TikTok ini.

Cara mudah bersihkan siput sedut, guna water jet je!

  1. Masukkan air ke dalam baldi. 
  2. Tuangkan semua siput sedut ke dalam baldi yang telah berisi air. 
  3. Kacau rata terlebih dahulu dengan tangan. Kemudian mula sembur dengan water jet. 
  4. Setelah air bertukar kecoklatan, bolehlah buang terlebih dahulu air tersebut. 
  5. Sembur lagi sehingga air bertukar jernih. 
  6. Siap. Sangat bersih. 

Nak lebih jelas dan tepat. Korang bolehlah tonton video tersebut di bawah ini.

@cikgufer cara buat isteri autohappy.. #siputsedut #bersihkansiput #waterjet ♬ Happy Music – Mystix Instrumentals

Mudah, jelas dan cepat kan cara bersihkan siput sedut menggunakan water jet ini. Jadi tidak menjadi masalah lagi buat anda semua di luar sana untuk membersihkan siput sedut ini.

Oh ya, dengan bawah ni, min ada kongsikan cara buat masak lemak siput sedut. Semoga sedikit sebanyak ia dapat memudahkan kerja korang semua.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan: 

  • Siput sedut
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Serai
  • Daun kunyit
  • Asam keping
  • Santan kotak
  • Serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • Lada kecil (ikut atas tahap kepedasan anda suka)

Cara penyediaan: 

  1. Tumbuk kasar atau kisar bahan bertanda
  2. Letak siput dalam kuali atau periuk, masukkan bahan kisar. Jangan buka api lagi.
  3. Masukkan asam keping, serai, daun kunyit, santan. Kalau guna santan kotak kena isi air yang sesuai dengan banyak mana siput tu.
  4. Kalau banyak siput pakai 2 kotak santan kecil. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Buka api kacau bagi sebati. Buka api sederhana sahaja dan masak sehingga mendidih dan berbuih kecil. Kalau berbuih kecil maknanya siput sudah masak.
  6. Siap sedia untuk dihidang.

Semoga bermanfaat!

Sumber: CikguFer

Kredit resepi: Anne’s Razi

Baca juga: Ada Yang Suka Krim Siput Roti? Kalau Bakar Boleh Jadi Caramel Tau! Ini Resepi Mudahnya

tags: