Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Cara Tukar Sukatan Gram, MI, Oz Kepada Sukatan Cawan. Baru Senang Bila Nak Buat Kuih & Kek

Cara Tukar Sukatan Gram, MI, Oz Kepada Sukatan Cawan. Baru Senang Bila Nak Buat Kuih & Kek

Kategori:
sukatan cawan

Perkara penting ketika hendak membuat kek ataupun kuih bukan bergantung pada resipi semata, namun sukatan yang betul juga perlu diambil berat.

Ramai yang lebih gemar menggunakan sukatan cawan bukan? Tapi masalahnya mungkin resipi yang anda temui dalam sukatan gram, mililiter, lb atau oz. Jadi bagaimana nak tukar sukatan tersebut kepada sukatan cawan?

Tapi perlu diingatkan, sukatan untuk tepung, gula, cecair marjerin atau mentega adalah berbeza. Jom rujuk perkongsian oleh Yatie Zelani di bawah.

Cara Tukar Sukatan Gram, MI, Oz Kepada Sukatan Cawan. Baru Senang Bila Nak Buat Kuih & Kek

Sukatan Tepung

  • 1 cawan = 125 gm
  • 2 cawan = 250 gm
  • 3/4 cawan = 90 gm
  • 1/2 cawan = 65 gm
  • 1/4 cawan = 45 gm
  • 10 gm = 2 sudu kecil
  • 3/4 cawan = 90 gm
  • 2 sudu besar = 15 gm
  • 2 sudu kecil = 10 gm

Sukatan Gula

  • 1 cawan = 250 gm
  • 2 cawan = 500 gm
  • 3/4 cawan = 190 gm
  • 1/2 cawan = 125 gm
  • 1/4 cawan = 80 gm
  • 1 sudu kecil = 10 gm
  • 1 sudu besar = 15 gm

Sukatan Cecair

  • 1 cawan = 250 ml
  • 3/4 cawan = 180 ml
  • 1/2 cawan = 125 ml
  • 1/4 cawan = 50 ml
  • 1 liter = 1000 ml

Sukatan Marjerin/Butter

  • 1 cawan = 250 gm
  • 3/4 cawan = 190 gm
  • 1/2 cawan = 125 gm
  • 1/4 cawan = 80 gm
  • 1 sudu besar = 15 gm
  • 1 sudu kecil = 10 gm

Tukaran oz ke gram

  • 1 oz – 25 gm
  • 9 oz – 250 gm
  • 16oz (1 lb) – 450 gm
  • 2 lb 4 oz – 1 kg

Tukaran oz ke ml

  • 8 oz = 237 ml
  • 6 oz = 177 ml
  • 5 oz = 158 ml
  • 4 oz = 118 ml
  • 3 oz = 79 ml
  • 2 oz = 59 ml
  • 1 oz = 30 ml
  • 1/2 oz = 15 ml

Sukatan oz jarang kita guna kan? Tapi ada yang minta, jadi saya bagi jugak la.. Selak balik buku resepi yang dah berzaman tu cari nota yang saya simpan..

Saya mudahkan pada yang baru nak belajar, boleh semak disini ya tentang sukatan.. Dan di bawah ni saya sertakan sekali alatan yang saya guna.

Ini antara loyang talam sy, size 8,9,10,11,12 lain2 dalam kabinet, malas nak keluarkan banyak2.. Contoh saja ni sy bagi untuk yang baru nak belajar ye..

Ini cawan metrik beli di Mr diy.. Yg 2 tu dah lusuh sangat dah.. Sayang nak buang sebab berjasa banyak dah tu.. Saya amalkan konsep menghargai selagi tak pecah .. Walaupun dah tak nampak nombor sukatannya, saya tetap guna sebab dah biasa jadi tahu apa sukatan sekian2..

Last but not least.. Penimbang.. Yang ini pon saya beli. Memudahkan.. Yang ini sy beli online je dapat murah.. Kalau nak baking saya guna yang ini. Macam suami saya cakap “ape je yang mama tak ade?? Semua mama ade.” Suami pon melayan kerenah isteri dia ni.. Syukur..

Kredit: Yatie Zelani

tags: | |