Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya

Ini Cara Yang Betul Untuk Elakkan Jangkitan COVID-19 Jika Ke Pasaraya

Kategori: ,

Pihak kerajaan telah keluarkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini. Rakyat Malaysia dinasihati supaya tidak keluar rumah jika tidak ada hal penting seperti keluar membeli barangan keperluan seperti makanan.

Tapi, mesti ada dikalangan anda yang was-was untuk keluar kan? Sebab takut dijangkiti COVID-19 ini. Iyalah, kita tidak tahu siapa yang pegang barangan yang kita mahu beli itu, mungkin mereka sudah dijangkiti COVID-19.

Jadi, disini saya akan kongsikan tatacara yang betul jika keluar beli barang di pasaraya:

1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil barang di rak-rak pasaraya. Virus Covid-19 ini boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.

2. Pakai mask. Untuk elakkan penyebaran virus atau jangkitan virus. Supaya  pembawa tidak sebar virus, virus pun tidak boleh masuk ke rongga hidung dan mulut.

Langkah selepas balik dari membeli makanan

1. Jangan disambut oleh ahli keluarga terutama anak-anak. Elakkan dari terus bertemu ahli keluarga lain.

2. Terus masuk ke dalam tandas, buka semua pakaian dan terus dicuci, rendam di dalam air sabun.

3. Selepas itu, baru buka mask dan sarung tangan. Terus buang ke dalam plastik khas. JANGAN buang di dalam tong sampah biasa kerana virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa makanan dalam tong sampah.

4. Mandi dan cuci dengan sabun.

5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.

Apa nak buat dengan barangan yang dibeli?

Menurut Dr. Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal COVID-19 WHO, tidak perlu untuk nyah cemar bahan makanan atau pembungkusan makanan, sebaliknya makanan seperti buah-buahan atau sayur-sayuran hanya perlu dicuci seperti selalu dengan menggunakan air yang bersih.

Sekalipun virus ini boleh tersebar pada permukaan seperti ‘stainless steel’, objek seperti tombol pintu, atau berjabat tangan orang yang dijangkiti, namun ia dapat diatasi dengan mencuci tangan menggunakan sabun sekerap mungkin dan elakkan dari menyentuh mulut, hidung, atau mata.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa mengamalkan 4 langkah utama dalam keselamatan makanan iaitu:

  1. Cuci tangan selepas mengendalikan pembungkusan makanan, selepas mengeluarkan makanan dari bungkusan, sebelum menyediakan makanan untuk makan dan sebelum makan
  2. Cuci peralatan memasak dan permukaan yang bersentuhan dengan makanan setiap kali selepas selesai menggunakannya.
  3. Cuci bahan makanan dengan air yang bersih yang mengalir tanpa menggunakan sabun, bahan peluntur atau bahan pencuci komersial.

Jika beli makanan yang siap dimasak

1. Pastikan kedai yg bersih
2. Pastikan tiada padat dengan terlalu ramai orang
3. Beli dan terus balik.
4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas tadi.
5. Makanan siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan.

Sebaiknya elakkan beli di luar. Masak sendiri di rumah.

Cara ini telah dibuat di China ketika mereka di bawah kawalan pergerakan/lockdown. Baru la efektif,

Untuk semua rakyat Malaysia, mohon ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan ini. Jika kita disiplin, maka cepatlah wabak ini berakhir. Jangan lupa solat, doa, membaca Al-Quran dan jaga diri baik-baik.

Kredit: Noreny Rahmat

tags: