Tak sempat nak grab promo Starbucks untuk bulan Januari? Jangan risau, Starbucks kembali lagi pada Februari ini dengan promosi hebat mereka! Pembelian cawan ke-2 Frappuccino Starbucks dengan harga RM2.10 sahaja!
Biar betul? Ya betul! Nak tahu bagaimana nak dapatkan promosi Starbucks ini? Jangan lupa baca sampai habis.
Jom Dapatkan Cawan Kedua Frappuccino Hanya RM2.10 Setiap Hujung Minggu Sepanjang Februari 2021
Jom dapatkan minuman Frappuccino untuk pembelian kedua dengan harga hanya RM2.10! Promosi sah pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Januari tahun 2021. Namun, masa promosi terhad bermula 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja tau!
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membeli mana-mana minuman Frappuccino dan dapatkan minuman kedua dengan harga RM2.10. Mudah sangat kan?
Tarikh promosi: Setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Februari 2021 (10 pagi sehingga 12 tengah hari)
Lokasi: Sah di semua cawangan Starbucks di Malaysia kecuali di KLIA, KLIA2, Genting Highlands dan Sunway Lagoon
Terma dan syarat:
- Harga minuman kedua mestilah bernilai sama atau kurang dari minuman pertama untuk dapatkan dengan harga RM2.10.
- Tidak sah dengan diskaun atau promosi lain
Untuk maklumat lanjut, baca di sini.