Dari dulu lagi kita selalu dengar dan terikut-ikut dengan petua orang tua bagi. Salah satunya, jika nak cedok madu kena guna sudu kayu atau plastik. Jangan guna sudu besi kerana khasiat dan kesannya lebih mujarab jika guna sudu plastik atau kayu.
Namun, sejauh mana kebenarannya fakta ini? Sampai sekarang kita masih terikut dan terpaksa mencari sudu plastik semata-mata nak mencedok madu.
Jom baca perkongsian jawapan oleh Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia. Beliau berkongsikan jawapan kepada persoalan di atas, selepas ini tak perlu risau lagi untuk menggunakan sudu besi.
Ada yang bertanya mengenai penggunaan jenis sudu untuk mencedok madu. Ada yang kata, tidak boleh menggunakan sudu besi untuk mencedok madu.
Jawapan saya: TIADA masalah untuk guna sudu besi mencedok madu.
Mungkin yang buat kenyataan tidak mengalakkan pengunaan sudu besi disebabkan sifat asidik madu. Madu bersifat asidik disebabkan kandungan bahan kimia asid organiknya. Skala pH madu biasanya antara 3.4 – 6.1.
Disebabkan bahan berasid boleh menghakis logam (seperti sudu besi ini) dikuatiri komponen logam boleh bercampur dalam madu. Maka, ada yang melarang dalam penggunaan.
Begini, kita bukan tinggalkan sudu dalam madu, hanya mencedok sahaja. Maka tiadalah potensi tindakbalas berlaku. Jika kita tinggalkan sudu logam dalam madu untuk tempoh masa yang LAMA, mungkin akan berlaku tindakbalas. Macam konsep peralatan memasak dengan bahan berasid juga.
Cuma bukan semua madu mempunyai tahap keasidan yang sama. Contoh madu tualang mempunyai pH sekitar 3.5-4.0, madu Manuka pula pH 3.2-4.2 dan madu kelulut 2.0-3.0. Jadi, potensi tindakbalas juga berlainan. Sekali lagi, kesan tindakbalas ini hanya berlaku jika sudunya dibiarkan berendam dalam madu untuk tempoh masa yang lama.
Nota:
Sumber: Fatimah Salim