Salt Bae merupakan individu yang sangat dikenali di mana-mana platform media sosial. Berjaya menarik minat ramai dengan gayanya yang menarik ketika menabur garam dan memotong daging, popularitinya masih tidak lupuk.
Siapa lagi yang tidak kenal dengan sosok seorang lelaki yang terkenal dengan gaya menabur garamnya yang kreatif. Tidak pernah dibuat orang dengan gaya sedemikian rupa. Dari gaya menabur garam dan gaya memotong daging yang menariklah beliau mula dikenali oleh warga dunia sejak tahun 2017.
Malah dengan populariti yang diraih di pelbagai platform, pembukaan restorannya, Nusr-Et disambut dengan baik. Bukan sahaja mereka golongan elit tapi ia juga menerima kunjunggan dari selebriti termuka seperti David Beckham, Jason Statham, Naomi Campbell dan ramai lagi.
Terbaharu, perkembangan Cef Salt Bae menimbulkan kontroversi pada perlawanan akhir bola sepak dunia apabila gelagat cef selebriti terkenal, Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gokce pada perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia menyebabkan dia diharamkan daripada menghadiri satu festival muzik di Los Angeles pada tahun depan, lapor akhbar Daily Star semalam.
Selepas perlawanan akhir antara Argentina dengan Perancis tamat di Stadium Lusail, Qatar, baru-baru ini, cef itu memasuki kawasan padang untuk bergambar dengan bintang Argentina, Lionel Messi sambil memegang trofi Piala Dunia.
Tindakannya itu diselar kerana selain bergambar bersama Messi, dia turut merakam video dengan pemain Perancis, Kylian Mbappe serta bintang Poland, Robert Lewansowski.
Sebelum ini, dia dilarang daripada menghadiri kejohanan bola sepak Piala Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Kini, penganjur festival muzik Rolling Loud di Los Angeles telah mengambil langkah pencegahan untuk menghentikan kehadiran Salt Bae.
“Kami juga telah melarang Salt Bae daripada Rolling Loud LA 2023 pada bulan Mac,” demikian menurut ciapan pihak penganjur menerusi Twitter. – Agensi
Sumber: Daily Star