Di muka bumi ini memang terdapat pelbagai jenis cendawan. Cendawan atau kulat ini merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di atas tanah atau tempat-tempat nutrien. Kebiasaanya kulat ini sering dimasukkan ke dalam masakan dan juga dijadikan bahan perubatan.
Walaupun begitu, tidak semua cendawan boleh dimakan dan mempunyai rupa bentuk yang cantik. Ada juga cendawan yang beracun dan tumbuh begitu menakutkan. Seperti kulat yang bernama Xylaria polymorpha ini. Penemuan kulat yang seperti jari mayat ini menakutkan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Rupa bentuknya yang mungkin boleh dikatakan seperti tangan dan kaki zombi ini kelihatan amat menyeramkan. Foto yang dikongsikan oleh Indian Forest Service ini pastinya menimbulkan pelbagai persoalan dalam benak fikiran anda bukan? Lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba jumpa cendawan ni dekat dalam hutan. Memang boleh terkencing agaknya.
Tidak perlu takut atau berasa gerun, kerana ia adalah sejenis tumbuhan dan ianya juga tidak memberikan kesan buruk kepada sesiapa, tidak bergerak-gerak pun. Kulat yang turut dikenali dengan Dad Man’s Fingers ini biasanya tumbuh dari akar tunggul pokok yang reput atau kayu reput.
Bentuknya seperti yang anda lihat, berbentuk panjang seperti jari. Manakala hujungnya berwarna krim keputihan. Seperti namanya Polymorpha (banyak bentuk), ia mempunyai bahagian atau pun bentuk yang berlainan.
Menurut beberapa sumber, Xylaria polymorpha boleh ditemui di beberapa buah negara seperti di Nepal, Utara India, Amerika Syarikat dan Bhutan. Nampak begitu menyeramkan bukan? Namun ia sebenarnya sering dijadikan bahan dalam masakan bagi sesetengah orang China.
Selain dijadikan bahan masakan, Kulat Dad Man’s Fingers ini juga turut dijadikan perhiasan dalam rumah dan dijadikan peralatan muzik. Nampak macam jari mayat, tapi tak sangka pula banyak kegunaannya. Tidak dapat dipastikan sama ada wujud atau tidak dihutan di Malaysia ini namun jika wujud jangan lari pula kalau terjumpa ya!
Kredit: Saja Gempak
Baca juga: “Racunnya Merebak Begitu Cepat..”, Padah Termakan Cendawan Beracun, Satu Keluarga Kritikal