Tidak dinafikan kehidupan sekarang memerlukan kesabaran dan daya fikir yang tinggi. Lambakan penipuan janji-janji manis berkenaan dengan wang membuatkan ramai dalam kalangan masyarakat Melayu ditipu. Bukan seorang dua malah beribu-ribu orang yang ditipu oleh mereka yang tiada hati perut.
Ada individu yang sanggup mempergunakan orang ramai demi mendapatkan keuntungan yang cepat dan lumayan. Menjanjikan emas permata sehinggakan membuatkan ramai dalam kalangan kita yang mempercayainya. Lantas menghabiskan kesemua wang simpanan dan mencuba trading. Iaitu aktiviti perniagaan tukar beli matawang.
Menjanjikan keuntungan yang cepat, hal tersebut juga sempat dipercayai oleh seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehinggakan pelajar tersebut kerugiaan RM4000 dalam sekelip mata. Ekoran kerugian tersebut, dia kini tiada wang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hanya mempunyai RM50 sahaja untuk sepanjang semester ini.
Sebelumnya, pelajar tersebut melaburkan wang berjumlah RM4000 kepada seorang individu. Malah dia juga sempat meminjam wang sebanyak RM2000 dari tiga kawannya. Dia kemudiannya membuat laporan polis selepas mengesyaki yang dia tertipu. Mengakui kecuaian dirinya, dia kini merayu bantuan ramai menerusi aplikasi TikTok miliknya.
Malah menurutnya lagi, dia ingin bekerja namun jadual belajar yang padat menghalangnya untuk bekerja. Cutinya juga sekejap jika ingin dibandingkan dengan kos lain. Tujuan dia merayu bantuan orang ramai adalah kerana ingin melunaskan hutang kawannya dan untuk makan serta duit kediaman.
https://www.tiktok.com/@user193579349725/video/7070495375622262043?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@user193579349725 @isaisarbofficial @anaszahrin @irfxn__ #esekeli ♬ Polaroid Love – ENHYPEN
Walaubagaimanapun, rata-rata warga TikTok tidak mempercayai apa yang dikongsikan oleh pelajar ini. Ada yang menulis, dia yang kena scam kita pulak yang kena bayar. Ada yang meminta pelajar ini agar kerja partime.
Dalam masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan kenapa tidak fikir sebelum melakukan sesuatu. Nasihatnya, jika nak dapat income lebih sekalipun jangan sesekali sertai dari trading.
Kerugian yang dialami oleh pelajar ini memang agak banyak. Pasti pecah kepala fikir bagaimana untuk melangsaikan hutang kawan-kawannya dan untuk meneruskan hidup. Ditambah lagi dengan kos hidup sekarang yang tinggi. Semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk pelajar ini. Semoga juga korang di luar sana tidak melibatkan diri dengan sebarang trading seperti ini.
Kredit: TikTok user193579349725
Baca juga: Beratnya Beban Yang Dipikul, Lose Contact Dengan Suami. Bayinya Pula Tidak Minum Susu Sejak Semalam