Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Chef Ini Kongsi Aglio Olio Ikan Bilis, Hidangan ‘Emergency’ Kalau Tetamu Datang Rumah

Chef Ini Kongsi Aglio Olio Ikan Bilis, Hidangan ‘Emergency’ Kalau Tetamu Datang Rumah

Kategori: ,
Aglio Olio Ikan Bilis

Kebiasaannya, ada ketika dan masa kita berhadapan dengan situasi apabila tetamu tiba-tiba datang ke rumah dan tidak tahu untuk menghidangkan apa sebagai hidangan.

Untuk kerisauan itu, ada satu hidangan  yang sememangnya mudah dibuat dan didapati di dapur untuk selesaikan masalah ini.

Seperti video yang tular di media sosial tentang seorang chef dari Singapura berkongsi pendapat tentang hidangan yang boleh dimasak ketika ‘Raya Emergency’.

“Kalau nak masak ni masa tetamu datang rumah tiba-tiba masa hari raya memang senang, sedap dan sesuai!”.

Chef Ini Kongsi Aglio Olio Ikan Bilis, Hidangan ‘Emergency’ Kalau Tetamu Datang RumahAglio Olio Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

  • ikan bilis
  • olive oil
  • tisu / parchment paper
  • bawang putih
  • cili kering
  • pasta
  • daun parsley

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak zaitun (olive oil) dan goreng ikan bilis sehingga warna keemasan dan rangup.
  2. Ketepikan apabila sudah siap. Letak atas tisu atau parchment paper untuk serap minyak yang berlebihan dari ikan bilis berkenaan.
  3. Rebus pasta dan simpan air rebusan.
  4. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bawang putih sehingga warna keemasan.
  5. Selepas itu, ambil air rebusan dan campur ke dalam minyak tersebut.
  6. Biarkan minyak dan air pasta sebati dan ambil pasta serta campur ke dalamnya.
  7. Gaul hingga pasta meresap ke dalamnya dan Aglio Olio Ikan Bilis siap untuk dihidang.Aglio Olio Ikan Bilis Aglio Olio Ikan Bilis
@kucinaitaliansg Hari Raya Emergency Food ‼️🚨 ##fypsg##sgtiktok##sgfoodie##sghalal#sgmakan ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Sudah siap kita puny a hidangan ’emergency food’ – Aglio Olio Ikan Bilis yang boleh dimasak ketika tetamu tiba-tiba datang ke rumah. Semoga perkoongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber: Chef Gero

Baca juga: Ini Manisnya Malaysia – Penangan Sardin Masak Kicap Nisha Makin Dikenali, Ramai Penonton Hadir Dalam Kalangan Melayu

tags: | |