Sejak kebelakangan ini memang heboh mengenai ‘Masterchef Indonesia Musim 8’ di media sosial. Kehangatannya memang terasa hingga ke Malaysia. Walaupun rancangan ini tidak disiarkan menerusi televisyen tempatan namun rakaman ini tetap juga tular di media sosial.
Jika sebelum ini Chef Juna terkenal dengan situasi dimana dia membaling pinggan salah seorang peserta kerana terdapat bekas cap jari. Namun kali ini Chef Juna menarik perhatian orang ramai apabila beliau tersipu malu dan muka merah padam apabila dipuji oleh peserta Masterchef iaitu Mama Yulita.
Mama Yulita ini disifatkan sebagai orang yang sering memberikan mood yang bahagia, Chef Juna juga pernah memberikan mini love apabila Mama Lita gagal mara ke peringkat seterusnya. Dari musim tersebut, ramai yang mula meminati memandangkan belau sebenarnya mempunyai personaliti yang kelakar di sebalik ketegasan.
Bukan sahaja peserta yang tidak mampu menahan ketawa malah 2 lagi juri juga pernah gagal menahan ketawa selepas mendengar komen yang keluar dari mulut Chef Juna.
Salah satunya adalah apabila dihidangkan Steak Tempe, beliau berseloroh orang yang vegetarian mungkin akan kembali makan daging jka merasai masakan gagal tersebut.
Baca juga : Tak Sempat Lap Cap Jari, Chef Bengang Lempar Pinggan Makanan Peserta Masterchef