Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ramai Sangat Permintaan, Chef Papa Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Versi Sendiri, Ramai Kata Sedap!

Ramai Sangat Permintaan, Chef Papa Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Versi Sendiri, Ramai Kata Sedap!

Kategori: ,
resepi ayam masak merah

Ayam masak merah memang menjadi lauk kegemaran buat orang ramai. Ia dibuktikan dengan lauk yang wajib semasa kenduri. Memang licin lah lauk ayam masak merah kalau hidang masa kenduri.

Rasanya yang sedikit pedas bersama masam dan masin yang sekata memang boleh bertambah selera makan. Biasanya, cara penyediaan masakan ayam masak merah menggunakan sambal dan sos cili, tapi masak merah yang dikongsi oleh Chef Papa ni lain dari lain.

“Di atas permintaan ramai di sini, papa serta resepi ayam masak merah. Selalunya orang buat masak merah ni menggunakan sambal dan sos cili. Tapi masak merah papa lain dari yang lain. Semoga bermanfaat kepada semua,” katanya.

Ramai Sangat Permintaan, Chef Papa Kongsi Resipi Ayam Masak Merah Versi Sendiri, Ramai Kata Sedap!

resepi ayam masak merah

Bahan-Bahan

  • ayam seekor potong biasa dan gaul dengan garam kunyit
  • bawang besar 3 biji
  • bawang putih 5 ulas
  • halia 3 inci
  • serai 4 batang
  • lengkuas 2 inci
  • jintan manis 2 sudu besar
  • 4 sekawan
  • cili kisar 2 cawan
  • cili sos 1 cawan
  • tomato puree 1/2 cawan
  • tomato soup 1/2 cawan
  • susu cair 1/2 tin
  • sedikit garam, aji dan gula secukup rasa
  • bawang besar potong bulat sebiji
  • kacang pes 1 tin kecil
  • daun sup dan daun bawang

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam yang dilumur kunyit garam tadi. Ketepikan.
  2. Blend bawang besar 3 biji tu, bawang putih 5 ulas, halia 3 inci, serai 4 batang, lengkuas 2 inci, jintas manis 2 sudu besar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan cili kisar 2 cawan dan masak lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan cili sos 1 cawan, tomato puree 1/2 cawan, tomato soup 1/2 cawan. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan susu cair 1/2 tin nak lebih pun tak apa.
  6. Sedikit garam, aji dan gula secukup rasa.
  7. Kacau-kacau. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau dan masukkan bawang besar. potong bulat sebiji dan kacang pes 1 tin kecil.
  8. Kacau dan angkat.
  9. Masa hidang tabur daun sup dan daun bawang. Siap!

Dah siap menu resepi ayam masak merah papa ini! Selamat mencuba dan menikmati! Rasanya memang lagi sedap daripada resepi yang campur sos sahaja.

resepi ayam masak merah

resepi ayam masak merah

Selamat memasak dan menikmati! Semoga bermanfaat!

Sumber: Nasri Mat Zain

Baca juga: Cara Buat Sambal Paru Bagi Garing, Letak Bahan Rahsia Ini Baru Rasa Terangkat!

tags: | |