Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Haramkan…” Chef Wan Dedah Tak Pernah Guna ‘Bahan’ Ini Di Restoran Miliknya

“Saya Haramkan…” Chef Wan Dedah Tak Pernah Guna ‘Bahan’ Ini Di Restoran Miliknya

Kategori:
chef wan haramkan msg

Chef Wan, chef terkenal negara baru-baru ini mendedahkan beliau tidak pernah menggunakan sebarang perasa tambahan MSG di setiap restoran miliknya. Sebaliknya, beliau menjelaskan hanya menggunakan perasa semula jadi di dalam masakannya dan juga di setiap dapur restorannya.

Menerusi perkongsian oleh Chef Wan di Instagram miliknya, beliau telah mendedahkan perkara itu apabila salah seorang tukang masak restorannya bertanya kepada beliau.

“Saya haramkan…!”

“Bila chef saya tanya tadi, Chef Wan jika kuah mee rebus kurang power, tak boleh ke kita guna Ajinamoto?” tanya salah seorang tukang masak Chef Wan.

“Saya haramkan MSG di semua restoran saya selamanya,” balasnya.

Hanya gunakan perisa semula jadi

Menurutnya lagi, kenapa perlu menggunakan perisa tambahan jika boleh menggunakan bahan yang lebih berkualiti dan segar.

“Memasak dengan bahan semula jadi adalah yang terbaik,” ujar Chef Wan.

https://www.instagram.com/p/CKlUtHkAshm/

tags: |