Siapa je yang tak kenal choco jar leleh ni kan? Memang dah terkenal satu Malaysia. Dengan coklat yang meleleh dan bubble rice yang rangup tu memang padu dan bikin ketagih. Boleh tahan juga harga kalau orang jual, nak puas hati buat sendiri je. Lagipun bahan yang digunakan mudah didapati dan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Dan yang penting, setiap kali nak makan tak perlu rendam sebab coklat memang dah cair meleleh.
Nak sedap, guna coklat yang dikongsi oleh empunya resepi atau coklat jenama beryls. Kalau guna coklat masakan kurang sedap sikit. Jom cuba buat menggunakan resepi perkongsian oleh Norlida Ahamed Ida.
Cara Buat Choco Jar Leleh Guna 3 Bahan, Nak Makan Tak Perlu Rendam
Bahan-bahan:
- 1 kotak cereal (apa- apa cereal pun boleh)
- 500 gm coklat(saya pakai callebaut 2665,nak pakai coklat apa pun boleh)
- 250 ml minyak masak
Cara-cara:
- Saya pakai cereal milo. Boleh gantikan dengan bubble rice. Tapi bakar/goreng dalam kuali tanpa minyak sehingga garing terlebih dahulu supaya rangup.
- Masukkan cereal Milo ke dalam balang.
- Masukkan coklat ke dalam bekas untuk di cairkan, saya pakai coklat jenama ni. (agak mahal, boleh guna coklat jenama beryls lagi murah).
- Buat double boil, untuk cairkan coklat.
- Setelah coklat cair, masukkan minyak masak.
- Kacau minyak tadi yang di masukkan didalam coklat dengan sebati.
- Ok, dh sebati tunggu sejuk seketika.
- Ok, dah boleh tuang coklat ke dalam bekas yang Ada cereal tadi.
- Siap!
Selamat mencuba!