Tidak dinafikan, menjadi seorang guru bukan sesuatu yang mudah kerana pelbagai cabaran harus ditempuhi dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Ammar, dia memuat naik satu tweet yang berkongsikan rasa sedih ibunya yang merupakan seorang guru apabila para pelajarnya tidak menghargai usaha guru tersebut membuat kelas tambahan.
Apa yang lebih menyedihkan, guru tersebut siap membawa sarapan pagi namun hanya seorang sahaja murid yang hadir.
Menerusi screenshot yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp memaklumkan hanya seorang yang hadir ke kelas daripada 14 orang pelajar.
Rata-rata warganet turut meninggalkan komen yang tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pelajar yang mengambil mdah usaha yang dilakukan oleh guru mereka.
Mereka juga meninggalkan kata-kata semangat buat guru terebut dan turut mendoakan supaya pelajar yang hadir itu mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.
Sumber: @ammmmmaarrrrr