Coconut Shake Batu Berendam adalah salah satu daripada destinasi tarikan pelancongan dari dalam dan juga luar negara. Ia diusahakan oleh anak muda jati Melaka yang terletak di Jalan Batu Berendam.
Waktu operasi bermula dari 9:30 pagi hingga 10:30 malam pada Isnin hingga Sabtu. Dan hari Ahad pula dibuka hanya untuk bungkus (take away) sahaja bermula dari pukul 9:30 pagi hingga 4:00 petang.
Coconut Shake Batu Berendam ini merupakan antara coconut shake terbaik di Melaka dan telah pun beroperasi lebih kurang selama 15 tahun.
Dari segi harga yang ditawarkan, memang berpatutan. Coconut shake biasa RM2.70, Coconut Shake Special RM3.20 dan Coconut Shake Double Special RM3.70. Beza bagi cocunut shake biasa, special dan double special adalah cuma bilangan scoop ice cream vanilla yang diletakkan serta ditambah pula dengan chocolate rice.
Jadi pelanggan boleh memilih mana yang berkenan. Warna coconut shake yang dicampur dengan ais krim ini agak creamy dan rasanya memang sangat sedap.
Di sini, mereka juga menyediakan satu jug air kelapa di atas setiap meja untuk pelanggan yang boleh di refill secara percuma.
Sumber: Hypp Inspirasi