Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat Puding Milo Lapis Oreo Ni, Pasti Lengkap Buka Puasa Anda Hari Ini!

Jom Cuba Buat Puding Milo Lapis Oreo Ni, Pasti Lengkap Buka Puasa Anda Hari Ini!

Kategori:
resepi puding milo lapis oreo

Sekarang ni viral betul Kek Milo 4 Bahan tu , nak buat tapi tak cukup bahan la apa la. Tapi takpe, kita boleh buat puding milo, rasa milo juga. Bahan-bahan pun simple je dan cara menyediakannya juga senang. Puding ni sedikit berbeza dengan yang lain kerana ada dimasukkan oreo bagi menyedapkan lagi rasa puding tersebut.

Nak cuba buat Puding Milo Lapis Oreo ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Wajib cuba tau,, nanti masukkan dalam peti ais dan boleh dihidangkan untuk berbuka puasa nanti.

Resepi Puding Lapis Milo Oreo Yang Mudah Dan Sedap!

BAHAN-BAHAN :

  • 1 Paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan Milo
  • 1 bungkus oreo (patah-patahkan, biarkan dengan cream)

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masak agar-agar hingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula kacau sampai semua sebati.
  3. Tambahkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan adunan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo. Kacau sebati.
  5. Ambil 1 cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan (Guna acuan bunga-bunga untuk mendapatkan puding yang cantik, kalau tiada boleh letak dalam loyang atau bekas lain)
  6. Baki adunan milo lagi separuh tadi tu panaskan atas api kecil sebab tak nak bagi dia cepat keras
  7. Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit(tapi masih suam) cucuk adunan milo dengan garfu /lidi supaya adunan seterusnya melekat.
  8. Dengan berhati-hati tuangkan adunan putih (susu) dekat atas lapisan puding milo, tuang dari bahagian tepi sebab bahagian tengah masih cair dan tak keras sangt lagi , tuang perlahan lahan.
  9. Kemudian susun oreo yang telah dipatahkan.
  10. Biarkan lapisan putih mengeras sedikit. Lakukan proses yang sama toreh permukaan dengan garfu.
  11. Akhir sekali tuangkan baki lapisan milo.
  12. Biarkan sejuk dlm peti ais.
  13. Siap. Boleh potong dan hidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Puding Milo Lapis Oreo ini? Sekali rasa pasti jatuh cinta. Kalau masukkan dalam peti ais pastinya lebih sedap dan enak tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Nurbazlyn Husna via MAHN

Baca juga : 5 Tips Berkesan Untuk Bangkitkan Selera Sahur Anda

tags: | |