Tiada idea nak buat hidangan apa untuk minum pagi atau minum petang? Jom cuba buat cucur kentang ini, sesuai untuk seisi keluarga. Rupa cucur pun cantik dan bulat elok. Yang penting rasanya sedap, garing di luar dan lembut di dalam. Selamat mencuba.
Cucur Kentang ‘Bulat Elok’
Bahan-bahan:
4 biji kentang
8 sudu tepung jagung
1sk garam halus (ikut rasa)
1/4 cawan air (untuk bentuk doh lembut ikut keperluan)
Caranya:
Kupas kulit kentang rebus hingga lembut.
Masuk dalam bekas, masukkan garam dan lenyek halus.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli rata sehingga menjadi doh.
Masukkan air sedikit demi seikit untuk bentuk doh supaya lembut dan boleh digentel bulat-bulat.