Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Cucur Udang Jadi Cik T” – Masakan Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

“Cucur Udang Jadi Cik T” – Masakan Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

Kategori:

Cucur udang ataupun jemput-jemput merupakan makanan yang digemari ramai. Pada asasnya ia adalah bancuhan tepung yang digoreng dalam minyak. Ia dipanggil cucur udang disebabkan oleh udang yang diletakkan di dalam bancuhan tepung tersebut.

Antara udang yang boleh diletakkan di dalam bancuhan tersebut ialah udang kering atau udang segar. Biasanya kalau beli cucur udang yang dijual di kedai, pasti ianya tidak kena dengan selera seperti mana yang kita nak.

Jadi, wanita ini meminta tolong suaminya untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cucur udang.

Isteri: Bang, nanti beli udang atau tauge dan kucai. Terasa nak buat cucur udang.

ketika waktu berbuka.

Suami: Cuba awak tengok ni. Lain betul bentuknya.

Apabila tiba waktu berbuka, encik suami terkejut apabila melihat cucur udang yang dibuat oleh isterinya berbentuk tikus. Confius kejap ni cucur udang ke tikus?

Wanita ini telah kongsikan bentuk cucur udang tersebut kepada rakan-rakan facebook yang lain. Ramai yang menyatakan bahawa bentuk tersebut comel. Comel-comel macam ni nak makan pun sayang.

Ada juga netizen yang berseloroh dengan meminta wanita ini memeriksa dengan sebaik mungkin. Takot Cik T yang sebenar tercelup tepung katanya.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai dengan 457 komen. Disebabkan oleh bentuk cucur udang seperti tikus yang dibauat tanpa sengaja itu. Sekali sekala apa salahnya share perkara yang boleh menghiburkan orang ramai kan.

Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai cucur udang berbentuk tikus. Inginkan perkongsian mengenai isu semasa yang menarik, teruskan bersama kami.

Kredit: Hamidah Yusof

Baca juga: “Bukan Nak Hina Tapi..”, Geram Beli Kuih Keria Keras, Nak Gigit Pun Boleh Pecah Gigi

tags: |