Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Curah Air Dalam Pinggan Untuk Murah Rezeki Amalan Karut, Hanya Susahkan Pekerja Kedai Makan

Curah Air Dalam Pinggan Untuk Murah Rezeki Amalan Karut, Hanya Susahkan Pekerja Kedai Makan

Kategori:
curah air dalam pinggan

Korang pernah dengar tak orang tua-tua dahulu mengamalkan tabiat mencurah air ke dalam pinggan kerana percaya hal itu membawa rezeki kepada seseorang. Sebenarnya ia adalah satu amalan yang disalaherti.

Orang-orang tua berbuat demikian kerana mereka ingin mudahkan kerja membasuh pinggan supaya sisa makanan tidak mengeras. Dan hal itu tidak sesuai dilakukan di luar rumah kerana menyusahkan orang lain terutamanya pekerja kedai makan itu sendiri.

Curah Air Dalam Pinggan Untuk Murah Rezeki Amalan Karut, Hanya Susahkan Pekerja Kedai Makan

curah air dalam pinggan

Ini kerana menurut Mstar, ada yang masih mengamalkan dan percaya akan amalan ini. Perkongsian seorang wanita di TikToknya yang mengamalkan perbuatan mencurah air ke dalam pinggan selepas makan termasuk di restoran mengundang debat orang ramai.

“Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan InshaAllah rezeki tak putus,” tulisnya pada keterangan video tersebut.

Dalam video berkenaan, wanita tersebut turut menunjukkan cara dia membasahkan pinggan dengan menuang air.

“Siapa macam ni, lepas makan letak air dalam pinggan?” kata individu terbabit lagi.

Untuk rekod, video tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 160,000 ribu jumlah tontonan.

Meninjau ruangan komen netizen, bagaimanapun rata-rata mereka tidak bersetuju dengan amalan berkenaan apabila ia menyentuh isu kepercayaan yang membawa kepada kurafat.

Kata mereka soal rezeki adalah hak Allah dan ia tiada kaitan dengan apa-apa amalan melainkan terdapat nas atau hadis sahih mengenainya.

“Ini adalah ilmu khurafat! Isu ‘rezeki tak putus’ adalah karut.”

“Bab rezeki tak putus ni kelakar. Rezeki datang dari Allah,”tulis beberapa netizen mengulas amalan itu.

Ini Seperti Kepercayaan Khurafat

curah air dalam pinggan

Seperti kata seorang netizen bernama Fjhalc, dia berkata hal berkenaan menyebabkan pekerja restoran mengalami kesusahan untuk mengangkat pinggan dengan sisa makanan bersama air curahan itu tadi.

“Ya pun nak amalkan petua orang-orang dulu. Letak lerr sikit je. Amalan orang tua-tua dulu tu sebenarnya nak bagi pinggan basah sikit je. Biar nanti senang orang nak cuci sisa makanan tak mengeras dekat pinggan. So letak sikit-sikit pun dah okay.

“Ni kau tuang banjir terus memang la orang akan bising sebab payah nak angkat air duk tumpah-tumpah nanti. Tak beragak,” jelasnya.

“Nak Pinggan Basah Sikit Je…”

curah air dalam pinggan

Rasanya daripada menyusahkan pihak lain, tindakan curah air dalam pinggan ini tidak elok dilakukan di kedai makan. Mungkin ini adalah pengajaran buat semua.

Terkadang ada amalan yang harus dilihat kepada situasi, tempat dan keadaan baru kita boleh mengaplikasikannya. Saling mengingatkan antara satu sama lain untuk membentuk generasi yang berfikiran kritis.

Sumber: Mstarmstardotcomdotmy

Baca juga: “No Problem Aunty, Makan Je..”, Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan, Tidak Kira Agama & Bangsa Seseorang

tags: | |