Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Daging Bakar Air Asam

Daging Bakar Air Asam

Kategori: ,

Hari ini apa kata beralih pula kepada lauk-pauk daging. Kalau anda nak tahu, bukan sekadar ikan bakar sahaja, daging bakar pun sedap kalau dihidangkan bersama air asam. Ini tak, asyik-asyik lauk-pauk ikan je, mesti bosan kan? Jadi anda boleh cuba resepi daging bakar air asam yang dikongsikan kali ini.

Bahan untuk daging:

  • 1 kg daging lembu
  • 2 ulas bawang besar  (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 cm halia (dikisar halus)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan yang telah dikisar halus bersama serbuk kunyit. Kacau rata.
  2. Kemudian, gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Perap selama 2 jam.
  3. Setelah itu, panggang di atas dapur dan biarkan ia sehingga masak.

Bahan untuk air asam:

  • 1/2 biji bawang merah (hiris)
  • 1/2 biji tomato (potong dadu)
  • 5 biji cili api (potong serong)
  • 2 inci belacan (dibakar dahulu)
  • 3/4 cawan air asam jawa
  • Secubit garam

Cara membuatnya:

  1. Masukkan bawang merah, tomato, cili api dan belacan.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa.
  3. Kacau rata. Pastikan belacan hancur.
  4. Tambahkan sedikit garam. Kacau rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Senangkan? Selamat mencuba!

tags: |