Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ada Banyak Daging Korban? Jom Buat Daging Bakar Harimau Menangis Yang Boleh Bikin Nangis!

Ada Banyak Daging Korban? Jom Buat Daging Bakar Harimau Menangis Yang Boleh Bikin Nangis!

Kategori:
Daging Bakar Harimau Menangis

Hari raya korban sudah berlalu. Mesti dapat banyak daging korban kan? Tapi tak tahu nak masak apa kan selain daging goreng kunyit? Jom cuba buat daging bakar harimau menangis ni. Memang ramai dah cuba, memang sedap sungguh dan boleh buat orang nangis! Ikuti resepi di bawah.

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis

Bahan Perap:

  • 3 ulas bwg putih + 1sdt lada hitam (tumbuk ni hingga lumat/halus)
  • 4 sdb sos tiram
  • 3 sdb sos ikan
  • 3 sdb kicap manis
  • 3 sdb brown sugar
  • Garam secukup rasa

Bahan Sos:

  • 2 ulas bwg putih + Cili padi (Tumbuk hingga lumat)
  • 2 sdb sos ikan
  • 2 sdb sos tiram
  • Brown sugar
  • Jus limau nipis
  • Hirisan daun ketumbar & cili api

Cara-cara:

  1. Satukan bahan perap dan perap bersama daging. Perap semalaman.
  2. Bakar dalam oven atau bakar di atas kuali.
  3. Untuk sos, satukan sebati semua bahan.
  4. Siap!

Kredit: Norul Azmah

tags: |