Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Daging Lembu Pernah HARAM Di Jepun Sebelum Mereka Akhirnya Mendominasi & Terkenal Dengan Wagyu

Daging Lembu Pernah HARAM Di Jepun Sebelum Mereka Akhirnya Mendominasi & Terkenal Dengan Wagyu

Kategori: ,
daging lembu pernah haram di jepun

Mungkin ramai yang tidak tahu, di Jepun pernah dikenakan larangan memakan daging lembu pada tahun 675 semasa pemerintahan Maharaja Temmu.

Tak percaya bukan? Kerana pada masa kini, Jepun telah mendominasi dan sangat terkenal dengan daging wagyu. Siapa sangka suatu masa dahulu, daging lembu pernah menjadi ‘haram’ di Jepun.

Ajaran Buddha Berkembang Pesat Di Jepun

Alasan di sebalik larangan itu adalah kerana ajaran Buddha sedang sedang berkembang pesat di Jepun pada masa itu. Penganut agama Buddha juga dilarang membunuh dan memakan haiwan.

Maka, sama seperti kebanyakan negara di mana apabila Rajanya memeluk sesuatu agama, rakyat akan mengikutinya sekali. Apabila Raja melarang memakan daging sebagai syarat untuk menjadi Buddhist, maka sekali gus rakyat akan mengikutinya.

Pada masa itu, Jepun juga mengamalkan budaya pengasingan dari masyarakat luar seperti yang berlaku di Korea Utara sekarang. Tambahan pula di Jepun mempunyai banyak pulau yang menyebabkan perhubungan dengan budaya negara luar menjadi sangat terhad.

Hampir 200 Tahun Mengamalkan Taboo Yang Sama

Lebih kurang seribu tahun selepas itu iaitu sekitar tahun 1600an, Jepun diperintah pula oleh general tentera, Tokugawa Shogun. Hampir 200 tahun Jepun berada di bawah pemerintahan general tentera ini dan masih mengamalkan taboo (pantang larang) yang sama sejak berkurun lamanya.

Daging Lembu Kembali ‘Halal’ Di Jepun

Sehinggalah ke sekitar tahun 1868, telah berlaku perubahan besar menyebabkan Jepun berada di bawah pemerintahan Maharaja Meiji. Pada ketika inilah daging kembali ‘dihalalkan’ di Jepun.

Menurut sumber di sebuah portal, tujuan utama penghalalan ini adalah kerana Meiji ingin membuat Westernize Japan. Untuk lebih mudah difahami, ala-ala macam ‘dasar pandang ke barat’. Dasar seperti ini adalah A BIG NO kepada pemerintah-pemerintah sebelum itu.

Masyarakat Yang Bertamadun Adalah Masyarakat Yang Memakan Daging

‘Bummei Kaiki’ atau dalam Bahasa Melayu disebut ‘Ketamadunan & Keluar Dari Kegelapan’, ia merupakan slogan popular pada zaman Meiji ketika itu. Maka secara tidak langsung, rakyat Jepun menganggap memakan daging diibaratkan adalah bertamadun dan masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memakan daging.

Pada tahun 1869, Kementerian Kewangan Jepun telah mewujudkan Gyûba Kaisha (Syarikat Penternakan Lembu & Kuda) dan anak syarikat kementerian ini diberi kuasa monopoli ke atas perdagangan daging.

Bagi menggambarkan betapa rakyat Jepun sudah rasa ‘bertamadun’ apabila mereka sudah dibenarkan memakan daging, ada satu novel satira bertajuk Aguranabe (The Well-Seated Stew Pot) yang diterbitkan pada tahun 1871, dipetik sebagai tertulis:

“Excuse me, but beef is certainly a most delicious thing, isn’t it? Once you get accustomed to its taste you can never go back to deer or wild board again.

I wonder why we in Japan haven’t eaten such a clean thing before? 

We should be grateful that even people like ourselves can now eat beef, thanks to the fact that Japan is steadily becoming a truly civilized country.”

Tentera-tentera Jepun juga telah diwajibkan memakan daging kerana mungkin ia salah satu sebab yang menyebabkan tentera-tentera negara Barat menjadi kuat.

Baru Dapat Rasa Nikmat Makan Daging

Pemerintahan Meiji yang bermula pada tahun 1869 telah berakhir pada tahun 1912. Sejak tahun 1868, pengambilan harian daging lembu di Tokyo telah meningkat dari 1.5 ekor lembu sehari ke 20 ekor lembu sehari pada tahun 1873. Dan ada lebih daripada 500 kedai daging di Tokyo menjelang tahun 1870an.

Betapa rakyat Jepun secara drastiknya menjadi sangat suka dan merasa nikmat bila dapat makan daging lembu kan?

tags: |