Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tu Beza Orang Educated Berniaga”, Daripada Graduan Perguruan Kepada Peniaga Tomyam, Dania Sedek Kagumkan Netizen

“Tu Beza Orang Educated Berniaga”, Daripada Graduan Perguruan Kepada Peniaga Tomyam, Dania Sedek Kagumkan Netizen

Kategori:
Dania Sedek

Seperti sedia maklum, tom yam adalah makanan yang berasal daripada Thailand dengan rasa yang masam dan manis bercampur, bersama kepekatan kuah yang menyelerakan.

Menurut catatan sejarah, Tom Yam bermula sejak sebelum kurun ke-19 lagi, sebagai masakan keluarga Diraja Thailand pada ketika itu. Kemudian tom yam mula diperkenalkan kepada rakyat jelata di bahagian tengah Thailand dan telah menjadi menu popular ke seluruh pelosok Thailand, hingga ke negara lain. Termasuklah negara Malaysia.

“Tu Beza Orang Educated Berniaga”, Daripada Graduan Perguruan Kepada Peniaga Tomyam, Dania Sedek Kagumkan Netizen

Dania Sedek

Melihat kepada perkembangan tom yam di negara ini, seorang peniaga wanita muda berumur 26 tahun yang menjual tom yam sebagai hidangan utama perniagaannya mengagumkan orang ramai.

Dengan usia yang muda, dia mampu berniaga tom yam dengan maju dan selalu mendapat permintaan tinggi 500-600 bekas hampir setiap hari kerana cara percakapannya melayan pelanggan.

Dania Sedek

Misalnya, satu ciapan tular berkenaan Niase Tom Yam Gong Ipoh oleh Hakem ini begitu menerujakannya. Ciapan itu turut disokong orang ramai dengan sokongan dan kata-kata positif.

“Aku bukan peminat tom yam dan belum berkesempatan lagi untuk rasa tom yam dia. Tapi cerita bagaimana dia bina perniagaan Niase Tom Yam Gong Ipoh ni begitu inspiring.

“Cara percakapan tersusun, rupanya beliau graduan perguruan,” katanya dalam ciapan tentang Dania Sedek itu.

Dania Sedek

Di dalam video asal yang disiar oleh APHD Channel menunjukkan bagaimana Diana Sedek memasak tom yam yang sedap sehingga laku keras hampir setiap hari. Walaupun harganya sedikit mahal, ia sememangnya berbaloi kerana diperbuat daripada bahan yang segar dan berkualiti sahaja.

“Contoh saya bagi sos ikan, bahan utama dalam tom yam ni. Sos ikan ni banyak gred. Sebotol RM8-RM9. Kalau tom yam, kena pakai banyak. Nak dapat rasa tu kena pakai banyak. Untuk orang berniaga dia faham lah. Kalau sebotol pun RM9 mahal, macam contoh, sos cili, RM3 murah lah.

“Dalam Tom Yam Niase, dia mahal sebab kita tak pakai gula putih. Kita tak pakai brown sugar. Kita pakai Thai Palm Sugar. Thai Palm Sugar ni satu paket 500gram kurang, harga dia dekat RM4.

“Nak import lagi dari Thailand ke Ipoh. Kalau Thailand tersekat kita ambil dari Kelantan. Kemain jauhnya nak sampai ke Ipoh ni. So, dia mahal sebab ingredients dan seni pembuatan itu sendiri,” jelasnya dalam video tersebut.

Guna Thai Palm Sugar, Bukan Gula Putih Biasa

Dania Sedek

Dia yang sudah 9 tahun berniaga mengatakan, selok belok perniagaannya sebelum menceburi bidang perniagaan makanan memberi pengalaman dan pengajaran besar kepadanya. Sebelum ini, dia adalah usahawan kosmetik.

“Kalau boleh saya nak belajar pendidikan kulinari, tetapi saya tiada peluang, saya habis diploma perguruan dulu, saua tidak ada peluang nak ambil chef ke apa.

“Jadi, saya usaha dengan belajar dari blog. Saya banyak buat reserach dari blog yang pure Thailand. Blog yang bahasa Thailand tu saya translate dan cari resepi secara genuine,” katanya ketika ditanya di mana dia menimba ilmu membuka perniagaan menjadikan tom yam Niase Dania Sedek berjaya.

Dania Sedek

Buat Reserach Tom Yam Daripada Blog Thai Sendiri, Sanggup Terjemah Perkataan Demi Perkataan

@aphd.channelNiase Tomyam Gong Ipoh♬ original sound – APHD Channel

Meninjau ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa selain faktor penarik dengan rasa kuah yang sedap dan pekat, cara percakapan dan cara dia melayan pelanggan adalah faktor besar dia berjaya.

“Suka tengok cara beliau bercakap. Selalu senyum / ceria dan tersusun. Nampak sedap tom yam. Semoga perniagaan maju,” komen Tai Lee.

Sumber: APHD Channel

Baca juga: “Hantar Makanan Boleh, Buat Lawak Boleh”, Rider Grab Hiburkan Hati Orang Ramai, Buat ‘Aksi’ Atas Jalan Raya

tags: | |