Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dapat Cenderahati Mi Segera Babi Selepas Derma Darah, Polis Buka Kertas Siasatan

Dapat Cenderahati Mi Segera Babi Selepas Derma Darah, Polis Buka Kertas Siasatan

Kategori:
mi segera babi

Ketika menghadiri apa-apa majlis, upacara, keramaian ataupun sesuatu program, kebanyakan penganjur memang akan sediakan cenderahati seperti makanan, minuman ataupun barangan kecil lain sempena menghargai tenaga dan sokongan pengunjung.

Dan, bercakap mengenai makanan, kerana Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama, sesetengah agama ada melarang beberapa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh penganutnya.

Dapat Cenderahati Mi Segera Babi Selepas Derma Darah, Polis Buka Kertas Siasatan

mi segera babi

Terbaharu, menurut sumber Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang ketika program derma darah. Ia berlaku di salah sebuah pusat beli-belah di Batu Pahat semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkara berkenaan, 11.38 pagi semalam.

Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

Katanya, siasatan awal mendapati program derma darah anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan hospital di sini diadakan di pusat membeli-belah di Batu Pahat kelmarin.

mi segera babi

Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah,, mereka menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan sisatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan.

“Ada Penerima Beragam Islam”

mi segera babi

Katanya, beberapa individu dipanggil dan rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Dalam hal isu mi segera babi ini, semoga ia dapat diambil iktibar untuk penganjur atau mana-mana organisasi meneliti dahulu kandungan makanan. Ia mungkin hal yang tidak disengajakan dan terlepas pandang. Tetapi isu ini merupakan isu penting walau dilihat remeh dan kecil.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Ini Pun Nak Kira?”, Pelanggan Mengeluh Kena Caj Kuah, Bertikam Lidah Dengan Peniaga

tags: | |