Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Dapatkan 3-Ply Face Mask Dengan Harga RM59, Mulai 8hb April 2020 Di MR.DIY

Dapatkan 3-Ply Face Mask Dengan Harga RM59, Mulai 8hb April 2020 Di MR.DIY

Kategori:

Memandangkan jumlah kes Covid-19 terus meningkat, rakyat Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih serius berkenaan dengan kebersihan. Dari mencari face mask di farmasi tempatan sehinggalah membeli dalam talian, harga face mask telah berubah agak drastik. Sekiranya anda benar-benar mencari face mask 3-Ply yang baik dan pada harga yang berpatutan, inilah masanya. Kini anda boleh mendapatkannya di MR.DIY  dengan hanya RM59!

3 Ply Face Masks MR DIY  Berharga RM59 Hanya Pesan Online

Apabila nak baiki perabot yang rosak atau menukar lampu, MR.DIY sentiasa menjadi kedai perkakasan yang sesuai untuk mencari semua perkara yang anda perlukan. Dari keperluan rumah, produk elektrik untuk alat berkebun, dan benda yang menarik apabila membeli-belah di MR.DIY adalah harga yang berpatutan yang mereka tawarkan. Kali ini pun sama. MR.DIY menawarkan diskaun 14% bagi face mask 3-Ply!

Bermula dari 8hb April 2020, MR.DIY telah mengurangkan harga face mask 3-Ply dari RM69 kepada RM59 untuk sekotak (50 helai). Diskaun ini boleh didapati secara dalam talian dan dengan pembelian minimum RM40, anda akan dapat penghantaran percuma! Jadi, kini anda boleh membeli face mask tersebut tanpa sebarang bayaran penghantaran dan tanpa melangkah keluar dari rumah!

Selain Face Mask Ada Juga…

Sebagai tambahan kepada diskaun untuk face mask. MR.DIY juga menawarkan face shield dan hand sanitizer anti-bakteria pada hanya RM8.90 setiap satu. Dengan berita menarik yang ditawarkan, ini pasti berita hebat untuk dikongsi dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan untuk membeli dan menyimpan apa yang anda perlukan sahaja. Akhir sekali, kami berharap semua orang selamat dan tetap berada dirumah.

Sumber rujukan : KL Foodie

tags: