Rupa-rupanya masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak sedar pentingnya menjaga kebersihan diri dan rumah. Masih ramai yang leka, yang biarkan dapur, bilik dan satu rumah tak berkemas. Sepatutnya sikap sebegini perlu dibuang dalam diri masing-masing.
Lebih-lebih lagi apabila rumah yang didiami itu adalah rumah sewa atau rumah yang diberikan oleh majikan. Cubalah bersyukur dan menjaga kebersihan sekeliling, majikan dah bagi rumah percuma namun ada juga yang bersikap sambil lewa dan buat tidak tahu.
Seperti mana yang berlaku kepada pengasas produk Anas Beauty iaitu Anas Zahrin berkenaan dengan sikap salah seorang pekerjanya yang sangat mengesalkan. Di mana pekerjanya melarikan diri dan biarkan rumah serta dapur bersepah. Sampah tidak dibuang selama dua hari, begitu juga pinggan mangkuk di dalam sinki.
Menurut Anas, menerusi aplikasi TikTok miliknya beliau berasa marah dengan tindakan pekerja berkenaan yang seolah-olah tidak bersyukur. Tidak dapat diketahui dengan jelas apa yang berlaku namun Anas meminta individu tersebut serah diri dalam masa 24 jam.
Anas juga sempat menulis di dalam video berkenaan pekerjanya yang sebelum ini dihalau oleh orang surau dan hidup merempat. Namun apabila diberikan tempat tinggal yang elok, ini pula yang dilakukan olehnya. Dalam masa yang sama, Anas juga sempat meminta pekerja tersebut agar pulangkan kembali kunci rumah dan kunci kedai.
https://www.tiktok.com/@anaszahrin/video/7069023913119878426?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@anaszahrinAku bagi masa 24 jam. Kalau kau tak datang serah diri. Kau tau nasib kau 🤬♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan pendapat dari warga TikTok. Ada yang berasa geram dan ada yang meminta agar Anas bersabar. Malah ada yang menulis, dia ingin membayar sewa rumah pun nangis. Untunglah orang bagi rumah.
Manakala ada juga warga TikTok yang meminta Anas bersabar. Katanya, makin bersabar bantu orang susah, Allah angkat darjat dengan cara dan ujian seperti ini.
Apa yang dilakukan oleh pekerjanya itu memang langsung tidak bertanggungjawab. Sudah diberikan tempat tinggal secara percuma namun ini pula yang berlaku. Semoga Anas diberikan kekuatan dan sabar dengan apa yang berlaku.
Kredit: TikTok ANAS