Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kena Rajin Check Hos,” Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dapur Terbakar Akibat Hos Tercabut Ketika Memasak

“Kena Rajin Check Hos,” Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dapur Terbakar Akibat Hos Tercabut Ketika Memasak

Kategori:

Kadang-kadang, perkara tidak terjangka sering berlaku dalam rutin seharian seharian kita walaupun kita sudah berhati-hati. Sebagai contoh, dapur terbakar ketika memasak.

Seperti yang berlaku kepada Puan Dieya Dekya, hos tiba-tiba tercabut ketika sedang memasak sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran dengan api yang marak. Pengalaman mengerikan itu dikongsi olehnya di laman sosial Facebook sebagai peringatan kepada orang ramai.

Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas terlihat kesan terbakar akibat api yang menjulang pada dinding dapurnya. Malah, raga plastik berhampiran dapur itu juga cair akibat panas terkena api. Semua itu berpunca daripada hos yang tiba-tiba tercabut dari dapur.

“Ni memang betul-betul masak tak jadi..”

Walaupon dah seminggu perkara ni berlaku den masih tak berani nak masak. Kesnya tengah masak hos tercabut dengan anak umur 1 tahun lebih duduk sebelah kita, memang terus jerit keluar rumah mintak tolong nasib ada jiran tolong padamkan sementara tunggu bomba. Gambar selepas kejadian je ada. Masa api marak den lari tak cukup tanah takut gas meletup punya pasal. 

Tambahan: Asal meja atas kabinet. Sehari sebelum kejadian saya mengemas dapur and letak dapur gas tu atas meja. Terima kasih atas teguran semua.

Pihak bomba juga sempat meninggalkan pesanan supaya mengelakkan penggunaan hos yang bergantung kepada klip tangan semata-mata.

“Bomba kata mungkin sebab tumpahan minyak yang dah lama menyebabkan hos tu keras. Serta kecuaian saya semasa alihkan dapur. Nasihat bomba, elakkan pakai hos yang klip guna tangan sahaja. Sebab dah banyak kes hos tercabut,” kongsinya kepada Siakap Keli.

Tambahnya lagi, sebaiknya ketatkan hos dengan menggunakan klip besi dan pemutar skru pada bahagian sambungan dengan kepala gas bagi memastikan perkara tidak diingini berlaku.

Kredit: Dieya Dekya, Siakap Keli

tags: |