Kemiskinan adalah salah satu masalah sosial yang menjadi kebimbangan dan semakin dilihat meningkat akhir-akhir ini. Dalam kehidupan yang serba susah sekarang, ada yang terhimpit dengan pelbagai keadaan sehingga kurang pendapatan dan jatuh miskin.
Tetapi, jika berbicara soal kemiskinan, ia bukanlah faktor seseorang itu harus mengabaikan aspek kebersihan sebagai seorang manusiawi. Kerana, menjaga kebersihan adalah pilihan diri sendiri, melainkan ada faktor luar yang menyumbang kepada hal berkenaan. Faktor kesihatan mental, misalnya.
Ini ditambah lagi, tempat di mana kita memasak dan menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada keluarga haruslah lebih dititikberatkan.
Terbaharu, isu yang berkait dengan hal di atas ditularkan oleh seorang pengguna TikTok bernama @syareef_syaqeef yang membuat satu hantaran video di laman media sosial berkenaan. Difahamkan, seorang suami yang mempunyai 2 orang isteri berkongsi satu rumah bersama.
Melalui video tersebut, dapat dilihat ruang dapur masak kotor dijadikan tempat mereka memasak terlalu bersepah dalam ruang yang sempit. Jika dilihat oleh mata kasar, tidak terjangkau dek akal untuk tinggal bersama keluarga dalam keadaan sedemikian.
Walaupun rumah teres terbiar 3 tingkat itu mempunyai ruang yang besar, ruang untuk berjalan hanya muat untuk seorang sahaja kerana dipenuhi dengan sisa bahan buangan yang mereka pungut dari tong sampah sekitar.
Difahamkan lagi, semasa mereka hidup dalam keadaan begini, ketua keluarga tersebut mencari pendapatan dengan menjual barang-barang lusuh. Di tingkat 1, aras itu dipenuhi dengan barang lusuh manakala tingkat 2 pula merupakan kediaman mereka. Di situlah ruang dapur masak kotor yang ditunjukkan daripada video berkenaan.
Beralih ke tingkat 3, jalan naik di atas dihalang dengan barang buangan. Maka, jika orang lalu di situ, seolah-olah tidak dapat melihat apa yang ada di tingkat 3. Mengikut rekod, kisah ini mula tular pada Mac 2020. Ketika itu isteri muda sedang hamil 7 bulan. Ketika itu, mereka mempunya 2 orang anak hasil daripada seorang anak isteri pertama berusia 9 tahun dan seorang anak isteri muda 2 tahun.
Menjengah kepada ruangan komen, sesetengah netizen berpendapat, miskin dan keputusan serta tindakan mengabaikan kebersihan lalu menjadi pengotor itu 2 perkara yang berbeza. Ruang dapur masak kotor itu adalah salah satu kecaman netizen.
Memetik komen daripa wawa_boy84, dia berkata “sesusah mana pun kita, sifat pemalas tu kena buang,” jelasnya dalam ruangan komen terbabit. Ia juga disokong oleh @ahmadalbab yang menyatakan “kalau seseorang itu miskin sekali pun, kalau pembersih, takda jadi macam ni,” katanya.
https://www.tiktok.com/@syareef_syaqeef/video/7102858046115777818
@syareef_syaqeef Reply to @eddpotatoes #fypシ゚viral #trending #viral #alert #fypシ #hatirosak ♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith
Dalam perkembangan sama, menurut pemilik video, mereka sekeluarga sudah ditempatkan ke rumah baharu dan lebih elok. Pihak JKM dan Zakat bahkan penduduk di kejiranan baru telah memberikan kaunseling kepada mereeka agar berubah dan memulakan hidup baru demi anak.
Semoga kes yang pernah dahulunya tular ini menjadi iktibar buat semua. Ini termasuklah daripada aspek penjagaan diri serta ruang rumah lebih-lebih lagi tempat kita memasak untuk dihidangkan kepada keluarga dan kecaknaan dalam kejiranan.
Sumber: Syareef Syaqeef
Baca juga: Tidak Mahu Jual Nasi Ayam Dengan Harga Tinggi, Peniaga Nasi Ayam Rela Berhenti Menjualnya