Tugas sebagai penghantar makanan memang ada cabarannya tersendiri. Bermacam-macam ragam pelanggan dan peniaga terpaksa dihadapi setiap hari.
Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang rider Grab sempat berkongsi pengalamannya ‘disidai’ oleh sebuah kedai apam balik tepi jalan.
Selain melayan pelbagai karenah pelanggan, pemilik kedai atau restoran juga ada ragamnya masing-masing.
Menurut perkongsian grab rider bernama Shammil ini, dia berasa terkilan apabila mendapati kedai yang dia pergi untuk ambil pesanan rupa-rupanya tutup.
Yang membuatkan dia hilang sabar, pemilik kedai juga memaklumkan yang kedainya sudah lama tak beroperasi.
Menurut Shammil, perkara ini berlaku tidak lain disebabkan oleh pemilik premis yang tidak menutup aplikasi penghantaran makanan yang didaftarkan di Grab sebelum ini.
Oleh sebab itulah, di dalam sistem tertulis bahawa kedai masih dibuka dan membuatkan pelanggan tetap memesan makanan seperti biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga bersimpati dengan nasib rider Grab ini yang sudah bersusah payah datang ke kedai itu untuk ambil pesanan pelanggan. Namun, Shammil hanya mampu bersabar apabila dugaan sebegini berlaku.
Dianggap bukan cabaran yang asing di kalangan penghantar makanan, rider lain juga akui pernah lalui dugaan yang sama seperti Shammil. Stres dibuatnya!
Selain penghantar makanan, netizen yang pernah ‘terkena’ dengan peniaga sebegini juga sempat berkongsi pengalaman mereka.
Sebagai peniaga yang bertanggungjawab, mereka tak sepatutnya menimbulkan salah faham kepada pelanggan dan penghantar makanan. Hanya disebabkan kecuaian daripada pihak mereka, kedua-dua pelanggan dan penghantar makanan yang terpaksa menanggung akibatnya.
Tak boleh bayangkan kalau pesanan dibuat oleh pelanggan yang sedang berpuasa. Tunggu punya tunggu rupanya kedai tutup. Kesian sungguh, terpaksa tahan lapar dan pesan di kedai lain.
Diharap kisah ini dapat jadi iktibar kepada peniaga untuk semak betul-betul aplikasi penghantaran makanan dan pastikan offline sebelum tutup operasi.
Sumber : TikTok @anggursusu