Siapa sangka daripada photographer bertukar kerjaya kepada pengusaha ladang yang berjaya pada usia yang masih muda. “Siapa yang berusaha pasti akan berjaya”. Mungkin itulah kata-kata yang sesuai digambarkan buat pemuda ini.
Tidak dinafikan sebagai orang muda, perjalanan kita masih jauh. Masih banyak pengalaman dan ilmu yang perlu dipelajari. Begitu juga dengan pemuda ini, pada awalnya, ramai yang meragui kesungguhan dan kebolehannya untuk mengusahakan ladang cili tersebut.
Tetapi tiada siapa sangka dan duga berkat kesungguhannya kini dia boleh pergi sejauh sekarang. Dulu orang selalu pandang rendah tetapi dan berkat usaha dan doa, kejayaan sudah dapat dikecapinya.
Dua benda berbeza, satu bawa aku pusing dunia, kenal dunia, Holand, Hong Kong, Indonesia, Maldive dan beberapa negara lain. Cari duit nak kahwin, kenal kawan-kawan baru.
Satu lagi benda bawa aku ke arah lain, kenal erti susah, erti kerja bawah panas, erti senyum dalam dugaan, erti korban untuk masa depan anak.
Tak sangka sejauh ni aku boleh gerak.. dapat kawan baru, dapat minda dan idea baru.. Alhamdulillah masih sihat walaupun up n down.. thank you guys dalam zaman photography dan zaman bertani…
Sky is the limit.. sebelum lupa terima kasih kerana kutuk dan perli aku dulu.. tanpa kutuk dan perli anda , saya takkan sampai level nih.
Tahun 2017 saya full time photography… Alhamdulillah ok je rezeki photo..tapi bila pikir dah ada family..saya perlukan satu lagi business untuk tampung kehidupan. Dunia photo tak memberasangkan.. so, saya decided beli tanah dan saya start pertanian
Susah jugak start dari kosong.. turun naik Pejabat Pertanian, pi macam-macam… Tapi biasalah, anak muda kosong knowledge ni kadang-kadang tak dilayan.
Jalan penyelesaiannya, saya p kursus persatuan cili organic..dari situ kenal beberapa org yang bantu saya. Dari situlah saya bermula dunia pertanian saya.
Kata pemuda ini sewaktu dihubungi oleh Siakap Keli baru-baru ini. Dalam sehari dia boleh menjual sebanyak 12 ribu anak pokok kepada pelanggan. Semoga perkongsian atau ceritanya dapat memberi semangat kepada semua anak mudah di luar sana.
Sumber : Siakap Keli & Azzahari Azudin