Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bermula Dari Pondok Ke Kilang, Absolut Chocolat Kini Makin ‘Meletop’ & Dikenali!

Bermula Dari Pondok Ke Kilang, Absolut Chocolat Kini Makin ‘Meletop’ & Dikenali!

Kategori:
Absolut Chocolat

Tak salah jika bermimpi dan bercita-cita besar kerana setiap kepayah serta ujian yang dihadapi pasti akan ada pengakhiran yang indah. Siapa sangka, hanya bermula dari pondok rehat di perumahan awam Sri Sabah, Cheras dan kini perniagaan Absolut Coklat sudah memiliki kilang sendiri yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Serdang.

Menurut Pengarah Utusan Syarikat Absolut Brands SDN BHD, Ben Ali yang juga merupakan bekas pelakon tempatan, bukan sesuatu yang mudah untuk berada di tahap yang sekarang.

Hanya Bermula Dari Pondok Ke Kilang, Absolut Chocolat Kini Makin ‘Meletop’!!

“Saya mengemudi perniagaan ini bersama isteri, Nadiyah Shahab. Kami berdua melalui suka duka, turun naik. Tapi semua ini jadi kenangan dan pengalaman berharga.”

Menurut Ben Ali lagi, di pondok rehat perumahan awam itulah segala operasi dan urusan dilaksanakan pada permulaan dahulu.

“Di situlah kami membungkus kek ke dalam kotak beserta sos. Sukar dibayangkan memori itu, namun rezeki tak pernah salah alamat.

Pendek kata, macam-macam lagilah segala kerja saya dan isteri buat. Malah, kami pada awalan pernah melakukan khidmat penghantaran kepada pelanggan,” katanya.

Menurut Ben, selepas dua tiga hari ‘menumpang’ di pondok berkenaan, mereka kemudiannya berpindah ke khemah menjual air kelapa juga di Cheras. Kemudian berpindah pula ke suku lot berdekatan LRT Cheras. Dan kini telah berpindah ke Medan Connaught Cheras.

Bersyukur Perniagaan Masih Bernafas Ketika Pandemik

Menurut Ben, dia bersyukur perniagaan mereka yang berasaskan F&B (Food and Beverages) dan dalam talian masih ‘bernafas’ ketika pandemik COVID-19 melanda sejak Mac tahun lalu.

“Kami hantar ke rumah dan masyarakat hanya menempah dalam talian untuk menikmati apa yang ditawarkan. Macam harga kek kami dengan pelbagai perisa juga kekal dengan harga mampu milik iaitu sekitar RM69 ke RM79.

“Dengan izin Allah, kami juga dapat membeli van pertama pada tahun 2019. Baru baru ini kami membeli lori pula,” katanya. Pada 18 Februari 2021 genap tiga tahun jenama itu. Tanggal 22 Januari 2021 jenama itu berpindah ke kilang yang kini tersergam indah.

Susah sebenarnya nak kekal relevan dan mengeluarkan produk unik dan lain daripada yang lain. Macam pertama kami membuat kek telur masin yang pertama di Malaysia juga awalnya menimbulkan reaksi negatif.

Ben menambah, dia berharap tahun 2021 penuh mencabar ini akan terus memberi sinar kepada jenama perniagaannya.

“Banyak lagi yang ingin kami kecapi. Cita cita kami sendiri mahu membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa.”Kami takkan berada di seni tanpa sokongan pelanggan tersayang. Terima kasih kerana terus setia menyokong kami hingga kini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

tags: