Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Heboh Darsa Fried Chicken Tampil Mengaku Tidak Diiktiraf Halal, Penjelasan Lelaki Cina Ini Buka Mata Orang Ramai

Heboh Darsa Fried Chicken Tampil Mengaku Tidak Diiktiraf Halal, Penjelasan Lelaki Cina Ini Buka Mata Orang Ramai

Kategori: ,
Darsa Fried Chicken

Baru-baru ini, Darsa Fried Chicken (DFC) heboh dengan pelbagai isu seperti komen dari admin dan juga tentang harga pemasaran jualan.

Walaupun baru sahaja dibuka pada 29 April lalu, Darsa Fried Chicken semakin disebut-sebut oleh orang ramai berikutan pelbagai isu yang menaikkan nama jenama restoran terbabit.Darsa Fried Chicken

Isu terbaharu pula adalah orang ramai mempertikai tentang kualiti makanan dari segi halal mengikut hukum syarak.

Heboh Darsa Fried Chicken Tampil Mengaku Tidak Diiktiraf Halal, Penjelasan Lelaki Cina Ini Buka Mata Orang Ramai

Sesetengah netizen mula mempersoal sama ada DFC memiliki sijil halal atau tidak.

Berikutan itu, seoranng lelaki cina yang dikenali sebagai Ceddy tampil menjelaskan kepada orang ramai mengapa DFC belum memiliki sijil halal.

Jelas Ceddy, isu sijil halal ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana restoran DFC baru sahaja dibuka kurang dari tempoh sebulan.

Influencer tersebut bercakap berdasarkan fakta tentang sijil halal mengikut laman web Sistem Pensijilan Halal Malaysia.Darsa Fried Chicken

Tambahnya, restoran berkenaan perlu beroperasi sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan unttuk membolehkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melakukan pemantauan dari pelbagai aspek.

Selain ramuan makanan, anttara perkara yang akan dipantau adalah seperti keseluran premis dan bangunan.Darsa Fried Chicken

Premis Harus Dibuka Sekurangnya 3 Bulan Untuk Dapatkan Sijil Halal

@ceddyornot

Darsa tidak diiktiraf halal? Of course! Baru je buka macam mana nak dapat sijil halal?

♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan – Ceddy – CEO of Makan Makan

@ceddyornotDarsa tidak diiktiraf halal? Of course! Baru je buka macam mana nak dapat sijil halal?♬ original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan

Pada perkembangan lain, Darsa Fried Chicken menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook telah tampil memberikan penjelasan.Darsa Fried Chicken

Jelas mereka, Darsa Fried Chicken adalah 100% milik bumiputera dan sedang berusaha untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM.

Sumber: Ceddy & DFC

Baca juga: Boleh Makan & Minum Air Besar Gedabak, Restoran Thong Bowl Ini Perkenal Cara Unik Hingga Ramai Terkejut

tags: | |