Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Berlendir..”, Dato Seri Vida Kesal Nasi Dagang Yang Dibeli Basi, Padahal Masa Beli Masih Dalam Pengukus

“Berlendir..”, Dato Seri Vida Kesal Nasi Dagang Yang Dibeli Basi, Padahal Masa Beli Masih Dalam Pengukus

Kategori:
Dato seri vida beli nasi dagang basi

Sejak hari pertama Ramadan, pelbagai kisah makanan basi, makanan berulat dan makanan mahal yang didengar atau dilihat berkenaan dengan penjual dan pembeli makanan. Kejadian ini tidak kira di mana sekalipun, khususnya di bazar Ramadan. Kejadian tersebut pastinya meninggalkan rasa yang kurang senang dalam hati pelanggan.

Mana tidaknya, teruja nak makan namun apabila tiba waktu berbuka atau bersahur, makanan tersebut tidak dapat dimakan sama sekali. Bukan satu kejadian yang mengesalkan ini berlaku namun sangat banyak. Hal tersebut juga berlaku kepada usahawan terkenal iaitu Dato Sri Vida.

Tak jadi bersahur dengan nasi dagang, Dato Seri Vida kecewa

Di mana dia telah meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila nasi dagang yang dibeli oleh pemandunya dari sebuah kedai di Kampung Baru, Kuala Lumpur tidak dapat dimakan. Menurutnya nasi dagang tersebut dibeli adalah untuk dijadikan juadah bersahur. Malah nasi tersebut dibeli pada pukul 2 pagi namun ketika hendak bersahur pada pukul 3 pagi nasi tersebut sudah berlendir.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok dan Instagram itu kelihatan Dato Seri Vida pelik dengan nasi tersebut dan sempat menghidunya berkali-kali sebelum membungkusnya kembali. Sempat mengatakan sayang namun apakan daya, nasi tersebut memang sudah basi.

Jika dilihat nasi tersebut baru sahaja dibeli 1 jam sebelum beliau bersahur. Masih tidak habis fikir kerana ketika nasi tersebut dibeli ia masih lagi berada dalam pengukus. Mungkin juga pada ketika ini bukan sahaja Dato Seri Vida yang mengalami masalah atau kejadian ini. Mungkin ramai juga pelanggan yang mengunjungi kedai berkenaan turut mengalami kejadian yang sama.

@datoserividaofficial Sabar jela , putus selera 🥲 #fyp #dsv #datoserivida #sahur #fypppppppppppppp #virallllllllllllll #dsvgelak #ramadhan2022 #ramadhantiba #berbukapuasa ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Sempat menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama dan ada juga yang turut berasa kecewa dengan kejadian tersebut.

Nasib kita sama..

Tidak kurang juga ada yang turut ketawa apabila melihat gelagat dan ketawa Dato Seri Vida ini. Turut ada juga yang memuji sikap baik Dato kerana tidak membenarkan pekerjanya merasainya.

Ketawa dato..

Kesal dan kecewa. Mungkin itulah perasaan yang paling sesuai digambarkan. Teruja untuk bersahur dengan nasi dagang namun apakan daya nasi sudah basi. Kepada semua penjual di luar sana, mohon perhatikan makanan yang anda jual dan masak berada dalam keadaan baik.

Kredit: datoserividaofficial

Baca juga: Remaja Kejang & Mulut Berbuih, Cacing Pita Bersarang Dalam Otak Kerana Makan Daging Kurang Masak!

tags: |