Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Datuk Aliff Syukri Jual Durian Terima Pujian Ramai, Jual RM5 Sekilo Sebab Tak Kaut Untung, Lebih Nakkan Kepuasan Kongsi Rezeki

Datuk Aliff Syukri Jual Durian Terima Pujian Ramai, Jual RM5 Sekilo Sebab Tak Kaut Untung, Lebih Nakkan Kepuasan Kongsi Rezeki

Kategori: ,
Datuk Aliff Syukri jual durian

Sebut sahaja nama Datuk Aliff Syukri, siapa yang tak kenal sosok jutawan kosmetik itu kan?

Selalu hadir dengan watak riangnya sehingga kadang-kadang terpalit kontroversi, kali ini Datuk Aliff Syukri terima pujian ramai apabila dia berniaga dan menjual durian dengan murah bersama niat untuk berbagi rezeki.

Datuk Aliff Syukri Jual Durian Terima Pujian Ramai, Jual RM5 Sekilo Sebab Tak Kaut Untung, Lebih Nakkan Kepuasan Kongsi RezekiDatuk Aliff Syukri jual durian

Berdasarkan ciapan oleh Oh! Media di laman Twitter, durian yang dijual Datuk Aliff merupakan durian hasil tanaman daripada kebunnya sendiri. Dan yang paling penting, dia menjual durian tersebut dengan hanya RM5 sekilo.

“Ramai yang puji cara Datuk Aliff berniaga kerana lebih kepada kepuasan. Menariknya durian yang dijual hanya RM5 sekilo.

“Siap bagi percuma untuk sesiapa yang nak rasa. Kesimpulannya, watak Datuk ALiff di luar dan dalam media soial berbeza. Sopan dan tidak terkinja-kinja,” ciap Oh! Media melalui Twitternya.

Datuk Aliff Syukri Bawa Penampilan BerbezaDatuk Aliff Syukri jual durian

Berdasarkan gambar yang diambil oleh Nazril Azri, ramai orang datang berpusu-pusu membeli durian hasil tanaman kebun Datuk Aliff Syukri bertempat di D’herbs Holdings Kota Damansara. Untuk info tentang lokasi, boleh waze sahaja untuk pergi ke sana. Datuk Aliff Syukri jual durian Datuk Aliff Syukri jual durian

Melihat komen netizen, ada yang berkongsi pengalaman sendiri membeli durian yang murah dan berpatutuan itu.

Menurut netizen dengan nama Caca, dia berkata durian yang dijual di sana sedap-sedap belaka. Yang penting murah sehingga tak masuk dek akal.

“Tak tipu, memang sedap durian dia. Aku pergi sampai 2 kali. Dua-dua hari tu sedap. Datuk Aliff Syukri jual durian

“Musang King, Musang Queen, Tekka dan Blackthorn. Fuh memang nikmat betul. Masa beli korang boleh pilih buah, kopek sekali tengok isi dalam and boleh rasa sekali. Memang padu. Datuk Aliff Syukri jual durian

“Aku tak boleh move on sebab durian dia memang semua sedap,” tulisnya di ruangan komen ciapan Datuk Aliff Syukri jual durian terbabit. Datuk Aliff Syukri jual durian

Macam-Macam Durian Best Ada: Musang King, Musang Queen, Tekka & Blackthorn!

Apa lagi korang? Jom serbu dan rasai sendiri pelbagai jenis durian Datuk Aliff Syukri di sana. Memang sedap lah Min tengok. Ajak keluarga dan rakan korang sekali!

Sumber: Oh! Media

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Senang Hirup Sup Dalam Plastik Tanpa Buka Ikatan Getah, Caranya Dapat Pelbagai Reaksi Orang Ramai

tags: | |