Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Datuk Aliff Syukri Jual Jeruk Mangga Raih Pujian Netizen, Tak Penat Kerja Walau Dah Kaya

Datuk Aliff Syukri Jual Jeruk Mangga Raih Pujian Netizen, Tak Penat Kerja Walau Dah Kaya

Kategori: ,
aliff syukri jual jeruk

Sebut sahaja usahawan sensasi di Malaysia, pasti salah seorang yang terfikir di dalam fikiran rakyat Malaysia adalah Datuk Alif Syukri.

Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila tampil menjual jeruk mangga menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida, memperlihatkan usahawan itu sedang mengupas mangga sambil dibantu oleh beberapa orang pembantu rumah.

aliff syukri jual jeruk

Kesungguhan dan semangat bapa kepada enam orang anak itu menjual jeruk secara siaran langsung di TikTok menerima pujian warganet yang kagum melihat usaha Aliff dalam mencari rezeki buat keluarga.

Datuk Aliff Syukri Jual Jeruk Mangga Raih Pujian Netizen, Tak Penat Kerja Walau Dah Kaya

Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan aktiviti jualan itu mencerminkan keperibadian Aliff sebagai seorang usahawan yang tidak pernah kenal erti penat lelah.

aliff syukri jual jeruk

Aku respect Aliff Syukri jual jeruk sebab tak penat kerja walaupun dah kaya

Dia rajin lah, semua dia nampak jadi duit

Patut lah dia kaya dengan perniagaan, dia jadikan berniaga itu sebagai satu rutin

Bagus Datuk Aliff, apa saja boleh mendatangkan duit semua dia jual. Yang penting halal. Jiwa peniaga memang macam tu, dalam hidup mereka tiada kamus ‘malu’.

Ni ciri-ciri orang kaya sebab setiap kali waktu lapang, ada je benda nak buat

Orang dah kaya raya pun masih terfikir nak tambah pendapatan

Kata warga netizen tentang Alif Syukri jual jeruk berkenaan.

Menurut warganet, tidak hairanlah usahawan ini terus menjadi inspirasi kepada ramai, bukan hanya kerana kejayaannya, tetapi juga kerana kerendahan hati dan semangatnya yang tidak pernah luntur dalam apa jua yang dilakukan.

Sumber: TikTok Datin Seri Nur Shahida

Baca juga: “Semua Kantin Kena Bersih Macam Ni” – Kantin Sekolah Bersih Hingga Dapat Markah Tinggi 95% Dari KKM Terima Pujian Ramai

tags: | | |