DC Comics akhirnya menang hak cipta nama ‘Superman’ yang telah digunakan oleh syarikat PT Marxing Fam, syarikat yang menghasilkan makanan ringan di Surabaya, Indonesia selepas 2 kali kalah. Namun, DC Comics tetap tidak berputus asa untuk melawan syarikat yang menghasilkan snek Superman itu.
Pada April 2018, DC Comics mengemukakan saman di Mahkamah Komersial Indonesia terhadap syarikat PT Marxing Fam Makmur. Saman berkenaan tidak lain tidak bukan kerana syarikat ini menggunakan nama superhero DC Comics, Superman untuk melariskan produk mereka.
DC Comics gagal dalam tuntutan ini kerana Marxing telah terlebih dahulu memegang hak cipta ‘Superman’ di Indonesia. Jadi, secara sahnya segala perkataan Superman boleh digunakan oleh pihak Marxing.
Pada Disember 2018, DC Comics sekali lagi membuat rayuan terhadap saman pada syarikat PT Marxing Fam Makmur. Namun, tetap gagal kerana hakim mendakwa saman oleh pihak DC Comics itu tidak jelas dan telah memutuskan untuk menolak rayuan oleh pihak DC.
Marxing membuat kenyataan balas tanda dagang berkenaan telah didaftarkan sejak 1993 lagi dan mereka memperbaharuinya setiap tahun. DC Comics telah mengemukakan rayuan tentang keputusan ini dan wakil DC Comics di Indonesia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kes ini.
Satu tahun setengah kemudian, pada Mei 2020. DC Comics sekali lagi membuat rayuan Hak Kekayaan Intelektual di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat. Kali ini, DC Comics bernasib baik kerana akhirnya mereka telah menang kerana DC Comics adalah berhak atas nama ‘Superman’ itu.
Panel Hakim turut menyatakan bahawa pendaftaran nama Superman yang dilakukan oleh syarikat PT Marxing Fam Makmur adalah berdasarkan unsur-unsur yang tidak baik iaitu untuk melariskan.
Oleh itu, panel hakim telah memerintahkan pihak yang berkenaan untuk membatalkan nombor pendaftaran ‘Superman’ yang telah didaftarkan oleh syarikat PT Marxing Fam Makmur.
Kredit: The Vocket