Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Naik Sampai Tingkat 17..”, Debat Rider Kena Hantar Makanan Depan Pintu, Lelaki Ini Kongsi Cerita Pahit Sebenar

“Saya Naik Sampai Tingkat 17..”, Debat Rider Kena Hantar Makanan Depan Pintu, Lelaki Ini Kongsi Cerita Pahit Sebenar

Kategori:
debat rider kena hantar makanan

Baru-baru ini, tular sebuah video yang mencetuskan debat antara netizen di mana rider makanan seperti Foodpanda atau GrabFood harus menghantar pesanan sampai hadapan pintu rumah jika pelanggan memesan makanan dari rumah kondo atau apartment, misalnya.

Akibat isu itu, ramai netizen juga tururt menyuarakan pendapat masing-masing. Ada yang kata rider harus menghantar makanan sampai ke depan rumah kerana ia termaktub dalam standard operation procedure (SOP) daripada Foodpanda sendiri.

Malah, ada yang mengatakan gaji rider hanya dibayar berdasarkan jarak sahaja. Ia bemaksud jarak restoran ke lokasi sahaja, bukan sampai tepaksa naik ke rumah pelanggan masing-masing (jika pelanggan tinggal di rumah tinggi).

“Saya Naik Sampai Tingkat 17..”, Debat Rider Kena Hantar Makanan Depan Pintu, Lelaki Ini Kongsi Cerita Pahit Sebenar

debat rider kena hantar makanan

Oleh hal demikian, seorang rider juga turut berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya terhadap isu tersebut sehingga ada pelanggan tiba-tiba membatalkan pesanan apabila rider tidak naik. Menurutnya, dia pernah dibatal pesanan setelah mengambil pesanan yang bersatus COD dan tiba-tiba pelanggan membatalkan ia tannpa memberi makluman.

“Call tak jawab, bayar COD, cancel order. Macam mana nak buat? Ya kak saya naik sampai tingkat 17 dah ni,” luahnya dalam isu debat rider kena hantar makanan itu.

Video yang dikongsikan hanyalah untuk menyampaikan konteks ‘jika kita mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita’.

Tambahnya, dia cuba kuat hidup sebagai rider, tetapi kadang-kadang ada orang sekeliling yang tidak memahami. Tambahan, dia juga merupakan rider OKU yang menggunakan sebelah kaki palsu untuk bergerak dan bekerja.

“Saya dah cuba kuat. Tapi, ada ke yang sokong saya?”, katanya lagi.

Dah Naik Hantar Makanan, Tiba-Tiba Kena Cancel Order

debat rider kena hantar makanan

@akimcarbonfiber

Replying to @_medina20_ . Sy dah cuba kuat. Tapiiii. Ada ke yang sokong saya ni?? #foodpanda #rider #fypage #fypp #wawacosmeticshq

♬ original sound – int_jayone

@akim.yanie Replying to @_medina20_ . Sy dah cuba kuat. Tapiiii. Ada ke yang sokong saya ni?? #foodpanda #rider #fypage #fypp #wawacosmeticshq ♬ original sound – Int JayOne

Meninjau ruangan komen, ramai yang menyokong untuk pelanggan yang sihat fizikal turun ke bawah bagi memudahkan urusan rider. Ini kerana, kadang-kadang rider mendapat order sekaligus dan dengan pelanggan turun ambil makanan (jika tidak keberatan) ia boleh memudahkan urusan mereka.

“Saya setiap kali order Foodpanda, sebelum rider sampai saya dah tunggu dekat bawah flat siap-siap,” kata netizen bernama Khairul tentang debat rider kena hantar makanan tersebut.

“Saya duduk flat, saya tak pernah suruh orang sampai depan pintu. Saya sendiri keluar ambil. Takut susahkan orang lain,” kata Ayu.

“Saya jenis turun dan sambut rider bila dapat notifikasi. Saya tau masa amat berharga buat rider nak kejar. Jumlah pesanan sebab adik pun kerja rider,” kata Nunu.

Saya Jenis Turun Ambik Makanan Dekat Rider – Pelanggan

debat rider kena hantar makanan

Semoga rider di luar sana terus tabah dalam menempuh kerja dan mendapat bayaran yang setimpal. Semoga Tuhan permudahkan urusan semua orang. Hanya ingat satu pesanan, jika kita mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusaan kita. Lihatlah kepada situasi. Tuhan mengetahui.

Sumber: Akim

Baca juga: “Rumah Saya Tak Ada Gula..”, Pelakon Veteran Zaidi Omar Kongsi Cerita Ini, Buat Ramai Orang Sedar..

 

tags: | |