Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang mula menjaja di tepi-tepi jalan malah penjual yang menjual pelbagai jenis makanan di lampu isyarat juga semakin bertambah. Hal tersebut dilakukan adalah semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mungkin mereka tiada pilihan lain, hanya itu jalan yang ada untuk dapatkan wang demi sesuap nasi.
Mereka yang menjaja di lampu isyarat ini memang betul-betul kental. Rela berhujan panas di tengah-tengah kesibukkan jalan raya, bergadai nyawa dan sanggup membawa makanan dan minuman tidak kira sama ada jeruk atau sebagainya penuh tangan. Namun begitu, di saat mereka ini berjuang demi mendapatkan sesuap nasi ada yang hadir seolah-olah ingin menutup periuk nasi mereka.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang lelaki (dirahsiakan namanya) menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan tempat penyimpanan makanan yang dijual oleh segelintir penjual makanan di lampu isyarat ini. Menerusi video tersebut dapat dilihat, kotak penyimpanan jeruk yang diletakkan di dalam longkang dan loji kubahan.
Apabila melihat keadaan tempat penyimpanan jeruk yang sedemikian rupa pastinya akan timbul rasa jijik dan kotor. Sangat memahami, perkongsian video tersebut adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai supaya orang ramai lebih berhati-hati. Namun apabila difikirkan kembali, agak sedih juga kerana ia seolah-olah menutup rezeki orang.
Malah perkongsian video ini juga membuatkan rata-rata warga TikTok berasa bengang dan marah. Menjengah ke ruangan komen, ada yang menulis peniaga ini menyimpan makanan tersebut dalam kotak dan bukannya dalam longkang. Malah ada juga yang meminta agar jangan menutup periuk nasi orang dengan cara yang sebegini.
Tidak dinafikan pasti ramai juga yang berasa geli untuk membeli jeruk dan makanan yang dijual di lampu isyarat ini. Namun ia terpulang kepada diri masing-masing. Kalau korang okey dengan apa yang korang lihat ni dan ingin teruskan menyokong mereka, teruskan. Namun jika anda tidak boleh dengan keadaan sebegitu, tidak mengapa namun jangan sampai tutup periuk nasi orang.