Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ini Cara Betul ‘Defrost’ Ayam & Daging, Jika Salah Cara Boleh Akibatkan Keracunan!

Ini Cara Betul ‘Defrost’ Ayam & Daging, Jika Salah Cara Boleh Akibatkan Keracunan!

Kategori:
Cara Betul Defrost Ayam

Bagaimana cara anda mencairkan (defrost) ayam atau daging yang beku? Mungkin cara yang anda lakukan itu salah dan mungkin juga betul. Mungkin ada yang meletakkan daging/ayam beku di singki pada waktu pagi dan biarkan ia mencair melebihi 4 jam sebelum dimasak. Sebenarnya, kaedah yang digunakan itu salah kerana berisiko untuk keracunan!

Cara Defrost Salah Boleh Sebabkan Keracunan!

Daging dan ayam mentah jika dibiarkan diluar adalah ‘syurga’ buat kuman dan bakteria. Kerana ia akan membuatkan kuman dan bakteria semakin membiak! Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) atau gunakan defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.

Di bawah merupakan cara defrost ayam dan daging dengan betul, infografik perkongsian oleh Public Health Malaysia.

Kesan Cara Defrost Yang Salah

Cara defrost yang salah boleh menyebabkan keracunan makanan yang berpunca dari dalam bahagian ayam yang masih belum cair sepenuhnya tetapi sudah terus dimasak. Keracunan disebabkan oleh kuman dan bakteria yang membiak di bahagian dalam daging.

Jika tetap mahu biarkan daging mencair di dalam sinki, pastikan kurang dari 4 jam sebelum dimasak untuk mengelakkan bakteria dan kuman membiak pada daging seterusnya boleh menyebabkan keracunan jika dimakan. Perkara ini sangat perlu dielakkan supaya tiada perkara yang buruk berlaku kepada anak-anak dan keluarga kita.

 

Sumber: Public Health Malaysia

tags: