Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Suka Makan Mi Segera Waktu Zaman Belajar, Gadis Ini Kini Derita Masalah Buah Pinggang & Dialisis 3 Kali Seminggu

Suka Makan Mi Segera Waktu Zaman Belajar, Gadis Ini Kini Derita Masalah Buah Pinggang & Dialisis 3 Kali Seminggu

Kategori:
suka makan mi segera hidap buah pinggang

Mi segera seperti Maggi atau Mamee boleh dikatakan tidak boleh berpisah dengan pelajar. Lebih-lebih lagi bagi pelajar di Universiti atau pun Kolej. Hal ini adalah kerana harga mi segera yang murah dan cara memasaknya yang lebih mudah.

Saban tahun, memang pelbagai jenis perisa baru yang dikeluarkan oleh sesebuah industri pemakanan. Kebanyakannya memang menepati selera masyarakat kita, khususnya golongan remaja mahupun dewasa.

Namun apa yang menyedihkan adalah masih ramai yang tidak sedar bahawa mi segera ini memiliki kandungan garam serta MSG yang tinggi. Kandungan ini sudah pasti akan menjejaskan kesihatan di masa akan datang.

Baru berusia 28 tahun tapi perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu

Seperti mana yang dikongsikan oleh MekJaa di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang gadis yang menunggu untuk menerima rawatan di sebuah pusat perubatan. Gadis yang berusia 28 tahun tersebut menderita penyakit buah pinggang serta gout. Dia juga perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu.

Sudah 7 tahun ulang alik menerima rawatan

Derita yang ditanggung olehnya itu adalah berpunca daripada tabiat pemakanannya. Dia begitu gemar makan mi segera semasa zaman belajar dahulu. Hampir 3 kali makan Maggi setiap hari selama 3 tahun. Disebabkan itu, kini dia terpaksa berulang alik ke pusat perubatan bagi mengubati masalah kesihatannya.

@katyharry86Akibat makan maggie..adik ni suffer hidup selama 7tahun dah.. ##Jagalakesihatan ##JauhilaMaggie ##πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡±πŸ‡΅πŸ‡Έ ##foryourpage ##Kitajagakita♬ original sound – Khadijah Azhari – MekJaa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sedih apabila mendengar nasib gadis tersebut. Malah dalam masa yang sama, ramai mengakui rakaman berkenaan memberikan kesedaran dalam diri serta membuatkan ramai sedar untuk lebih menjaga pemakanan.

Sumber: TikTok MekJaa

Baca juga: Menu Wajib Cuba PKP 2.0, Resepi Maggi Kari Yang Lain Dari Lain. Memang Padu!

tags: | |