Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Wangi Gulai Ayam Aku Hari Ni..”, Disangka Santan Kelapa Rupanya Santan Pandan Buat Ramai Terhibur

“Wangi Gulai Ayam Aku Hari Ni..”, Disangka Santan Kelapa Rupanya Santan Pandan Buat Ramai Terhibur

Kategori:
masak gulai ayam guna santan pandan

Gulai Ayam merupakan antara hidangan yang sangat enak dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar, rasanya lebih sedap dan berlemak gitu. Namun untuk mendapatkan santan segar ini agak susah pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di kawasan bandar.

Nak tak nak, terpaksa beli santan kotak. Memang tidak dapat dinafikan menggunakan santan kotak ini lebih cepat dan mudah. Tambahan pula sekarang ini pelbagai jenis santan yang ada di pasaran. Bukan sahaja santan kelapa malah ada juga santan pandan.

Gulai ayam berbau wangi gara-gara masukkan santan pandan

Kebiasaannya santan pandan banyak digunakan dalam penyediaan kuih muih. Apabila menggunakan santan pandan dalam penyediaan kuih muih, rasanya lebih lemak dan harum. Berkenaan dengan santan pandan ini, ada sebuah kisah yang dikongsikan oleh Jay Sabri.

Di mana dia secara tidak sengaja memasukkan santan pandan ke dalam masak lemak cili padi ayam nya. Disebabkan tidak perasan tulisan yang tertera pada kotak santan tersebut akhirnya gulai ayam yang dimasak olehnya itu berbau wangi.

Tadi nampak post ayam ko hijau, kita pun terkena hari ni. Masak lemak cili api ayam perisa pandan. Kenapalah ada santan pandan ni jual di kedai??? Hadoii wangi gulai ayam aku hari ni..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan apa yang terjadi. Tidak kurang juga ada yang bercerita pernah melalui situasi yang sama.

Dah kena hari tu..

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyarankan pihak pengeluar agar menukarkan bungkusan kepada warna lain agat tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Sepatutnya kan..

Ada juga warganet yang sempat berkongsi menyatakan santan pandan sangat sedap jika dibuat nasi lemak atau serawa. Nak tahu betul ke tidak sedap tu, kita sendiri yang kena mencubanya.

Buat nasi lemak sedap..

Jadi buat anda di luar sana, sila perhatikan betul-betul barangan yang dibeli dan setiap kali mencampakkan atau memasukkan sesuatu ke dalam masakan. Kalau rasanya masih sama tidak mengapa, bimbang jika berubah seratus peratus. Memang tak termakan dan terpaksa dibuang begitu sahaja. Membazir pula nanti.

Kredit: Jay Sabri Via MATJHN

Baca juga: Wanita Ini Dedah Tips & Cara Penggunaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk Yang Betul!

tags: | |