Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » DIY Baja Dari Kulit Telur, Untuk Suburkan Tanaman & Elak Serangan Serangga Perosak

DIY Baja Dari Kulit Telur, Untuk Suburkan Tanaman & Elak Serangan Serangga Perosak

Kategori: ,
cara-buat-baja-kult-telur-13

Selepas menggunakan telur, kulitnya pasti akan terus dibuang kan? Selepas ini jangan buang ya, boleh disimpan kerana ianya boleh dibuat baja untuk suburkan tanaman dan mengelakkan dari serangan serangga perosak.

Nak tahu cara-cara membuat sendiri baja menggunakan kulit telur? Jom sama-sama baca perkongsian oleh Emi Zurayni Lot di bawah.

DIY Baja Dari Kulit Telur, Untuk Suburkan Tanaman & Elak Serangan Serangga Perosak

Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.

Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.

Cara-caranya:

  1. Kulit telur perlu dibasuh dan dijemur terlebih dahulu.
  2. Tumbuk hancur.
  3. Campurkan dengan serbuk kopi.
  4. Gaul sebati.
  5. Letakkan dalam bekas yang sesuai.
  6. Tabur sekeliling pokok sayur atau bunga.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Emi Zurayni Lot

Baca juga: Tak Sangka Ini Kesan ‘Air Booster MSG’, Pokok Makin Subur & Berbuah Lebat!

tags: |