Kehidupan berumah tangga yang dijalani dengan sabar dan tenang bersama-sama akan sentiasa diredhai Tuhan dan selalu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
“Macam tak percaya kita pernah buat semua ni kan dulu?”, itulah ayat yang terpahat semasa beliau mengimbau kembali kenanangan semasa berada di Arab.
Perkongsian tersebut dikongsikan Dr Samhan yang juga merupakan seorang individu dengan selalu berkongsi tentang tips-tips sesuatu perkara di akaun TikTok beliau.
Di Facebook, beliau berkongsi kisahnya kepada netizen tentang susah dan senang ketika berada di Mesir apabila sudah berkahwin semasa belajar.
Beliau mengatakan bahawa dia berkahwin dengan isterinya semasa tahun ketiga dan bersama-sama belajar di Mesir pada ketika itu.
Mengenang kembali betapa susahnya beliau mencari rezeki dan duit semasa belajar dan juga sudah berkahwin, kisah itu dikongsikan dengan ikhlas.
Beliau pernah menjual pelbagai makan malam semasa belajar luar negara dan berbincang dengan isterinya bahawa ingin melakukan satu perniagaan dan mampu dibuat berdasarkan kemahiran mereka.
Maka terjadilah idea mereka untuk membuat perniagaan menjual set dinner kepada pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. Seperti kita tahu, ramai rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara amat rindukan makanan Malaysia.
Pelbagai makan malam, antaranya ialah makanan yang dijual oleh beliau ialah Nasi Kerabu, Chicken Chop, Nasi Tomato, Nasi Ayam, Nasi Pataya, Mee Hailam dan Mee Kungfu.
Jadi Dr Samhan ini merebut peluang ini dan menjual kepada mereka.
Selepas mendapat idea untuk menjual makanan malaysia, maka selepas kelas Dr Samhan bergegas ke pasar untuk membeli barang mentah. Hampir setiap hari beliau ke pasar sampai mak cik arab tersebut sudah kenal beliau.
Sesudah sampai di rumah, beliau terus membantu isteri beliau untuk memasak makan malam tersebut dan terus sama sama bungkus makanan tersebut untuk COD kepada pelajar Malaysia yang sudah memesan dengan beliau.
Beliau ada mengatakan, cara penghantaran makanan tersebut persis dengan cerita “Ketika Cinta Bertasbih”. Menggunakan bakul dan letakkan wang terus dalam bakul tersebut.
Dia juga menceritakan, bahawa apabila terkenang kembali, tersenyum sendiri mengenangkan betapa banyak susah dan senang di Mesir bersama isterinya.
Setiap hari beliau mendapat pesanan 30 pax hingga ke 100 pax hanya di atas permintaan orang pelanggan beliau hanya untuk makan malam. Kadang-kadang masak seperti masak untuk catering.
Beliau amat bersyukur kerana mendapat isteri yang sentiasa memahami beliau untuk susah senang bersama dan setiasa selalu bersabar dengan beliau.
Menjengah diruangan komen facebook beliau, ramai yang ucapkan tahniah dan terharu. Boleh dijadikan teladan untuk semua orang yang membaca. Tak semua orang dapat kehebatan seperti itu.
Begitu indah dengan perkongsian yang dikongsi oleh Dr Samhan. Manis, indah, pengajaran yang baik kepada netizen.
Semoga kepada pasangan suami isteri di luar sana tabah menghadapi ujian yang Allah SWT uji. Kerana, segala ujian yang diberikan adalah maksudnya anda hamba yang layak untuk diuji dan disayangi oleh-Nya.
Kredit: Dr Samhan