Muncul sahaja bulan Ramadan, semestinya buah kurma tidak asing lagi kerana ia merupakan antara makanan Sunnah Nabi Muhammad ketika bulan ini khususnya. Tambahan lagi, ia menjadi santapan untuk sahur dan berbuka.
Sebut sahaja kurma pada bulan Ramadan, pasti ada yang suka menggandingkan ia dengan mentega. Padanan makanan ini menjadi buah mulut orang ramai apabila rasanya yang sedap dan berlemak membuatkan ramai orang menyukai buah kurma.
Berikutan itu, bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi perkongsian berkenaan dengan kurma & mentega dan menjadi tular di media sosial terutamanya Twitter.
“Kurma dan mentega? Bagi yang belum cuba, boleh buat untuk berbuka puasa. Dari Abdullah ibn Bussr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
دخل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم «فقدمنا زبدا وتمرا وكان يحب الزبد والتمر»
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Dalam video tersebut, dia menyatakan bahawa kurma dan mentega menjadi kegemaran Nabi Muhammad SAW.
“Bersama saya, ada kurma dan mentega. Satu makanan yang disukai oleh Rasulullah. Sudah tentu rasanya lazat dan terbaik. Juga bersama kita ada kurma Ajwa,” katanya dalam video tersebut.
Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak tertukar dengan marjerin.
“Mentega ya bukan marjerin”, tulisnya.
Perkongsian itu mendapat lebih dari 8 ribu tanda suka dan 4 ribu lebih ulang ciap setakat ini.
Melihat kepada komen orang ramai, ramai juga yang memberi infoo tentang khasiat padanan makanan ini.
“Mentega adalah lemak yang membekalkan tenaga sama macam lemak-lemak yang lain seperti minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa dara dan sebagainya”, tulis seorang netizen.
Jadi, untuk korang yang baru nak cuba gandingan kurma dan mentega ini, selamat mencuba ya. Bagi yang kurang menggemari kurma pun, korang akan menyukainya nanti.
Sumber: Dr Zul