Menurut Jabatan meteorologi Malaysia, tinjauan cuaca bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mac 2023 agak merunsingkan. Negara berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei 2022.
Negara dijangkakan berada dalam fasa Peralihan Monsun bermula pada 3 Oktober 2022 dan akan berterusan sehingga awal November 2022. Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
Kejadian ini biasanya, berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri yang berada di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat hingga ke tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. Ini akan memberi kesan kepada banyak pihak.
Seperti video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan peniaga Takoyaki, dia berkongsi bagaimana kesusahan para peniaga jalanan jika menghadapi musim hujan berserta ribut.
Video yang diulang siar itu menunjukkan vendor atau gerainya ditiup angin ribut sehinggakan habis makanannya terbalik dan bersepah. Sejurus itu, dia bergegas menyimpan semua peralatan dan barangan ke dalam van untuk menyelamatkan keadaan.
“Saya baru opening vendor makanan di Kulim. Makanan viral, handbag, bouquet dan kosmetik. Terima kasih datang. Lokasi di Taman Sang Kancil Lunas, Kulim Kedah,” jelasnya dalam video yang dimuat naik semula itu.
https://www.tiktok.com/@aiymanamirul._/video/7149237502321151258?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@aiymanamirul._♬ original sound – bigboss
Kata netizen, video berkenaan menunjukkan gambaran susahnya mencari rezeki ketika hari hujan. Lagi-lagi, Malaysia sekarang agak kerap dilanda hujan lebat dan ribut di beberapa tempat sehinggakan air naik dan banjir di sesuatu kawasan.
“Hmmm susahnya nak mencari rezeki, moga abang dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki, ” kata netizen bernama Zizifazierra.
“Allahurabbi peniaga kecil. Semoga dilimpahkan rezeki sentiasa, Amin,” komen netizen lain bernama Haiza.
“Ujian musim hujan. Tuhan nak tengok macam mana kita menolong sesama kita. Oleh itu bantulah sesama kita. Semoga usaha kita diberkati,” luah netizen.
Inilah gambaran dugaan peniaga jalanan ketika musim hujan atau ribut melanda tidak lama lagi. Semoga semua pihak bersiap sedia untuk melakukan yang terbaik dalam menolong sesama kita ketika musim ini. Tidak kiralah daripada ahli politik, rakyat biasa atau sesiapa sahaja.
Semoga semua urusan dipermudahkan Tuhan.
Sumber: Aiymanamirul
Baca juga: “Kami Pernah Rasa Susah..”, Tindakan Peniaga Asip Burger Dipuji Ramai, Bantu Orang Memerlukan