Tak dinafikan, dah ramai yang kena game dengan penjual karipap! Ada yang dapat inti ‘angin’, ada juga yang dapat inti berbeza dari yang diingini.
Tetapi kali ini lain pula yang berlaku pada saudara Aizam Ejam apabila beliau ‘tertipu’ dengan sandwich yang dibeli.
Menerusi perkongsian Aizam di Facebook miliknya, dia memuat naik posting meluahkan rasa sedih apabila sandwich yang dibeli tidak seperti yang disangkakan apabila inti yang diletak hanyalah pada hujung-hujung roti.
Perkongsian itu telah mendapat hampir 2.1 ribu perkongsian yang rata-rata turut mengecam peniaga sandwich tersebut yang dikatakan tidak jujur dalam berniaga.
Sumber: Aizam Ejam Zakry