Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wajib Cuba Buat Durian Crepe Gebu ‘Gedebass’ Ni, Makan Cair Di Mulut!

Wajib Cuba Buat Durian Crepe Gebu ‘Gedebass’ Ni, Makan Cair Di Mulut!

Kategori:
Durian Crepe Gebu

Durian crepe ni kalau beli kat kedai boeh tahan mahal juga harganya. Tak puas makan kalau beli. Jadi apa kata jom buat sendiri je kat rumah, boleh makan puas-puas. Ikuti resepi durian crepe gebu di bawah.

Resepi Durian Crepe Gebu ‘Gedebass

Bahan kulit/crepe:

  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 5 sudu besar tepung hong kong
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula icing
  • 5 biji telur saiz B( 3 biji ambik kuning die sahaja)
  • 5 sudu besar butter cair
  • 3 cawan 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit esen durian
  • Beberapa titik pewarna kuning lemon

Cara-cara:

  1. Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak terlebih dahulu.
  2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen durian dan telur whisk sebati, dan masukkan air / susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye. Kemudian tapis.
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil kalau xde boleh je pan biasa sapu butter sket api sederhana.
  4. Sapu sikit pan dgn butter ( guna tisu pon boleh). Dah panas pan tu, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. Lenggangkan sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan.
  5. Ulangi sampai habis.

Bahan inti:

  • Custard durian
  • 1 cawan setengah susu segar
  • 1cawan gula halus
  • 300g isi durian
  • 3sb tepung custard cairkan dalam sedikit air
  • 2sb tepung ubi
  • 3 cawan fresh cream vivo

Cara-cara:

  1. Masak semua smpai agak pekat.
  2. Kalau nak buat tuk frozen lebih dr 7 hari lebih tahan lama dan letak chiller pn xbasi tapi kalau nak buat terus jual just isi durian lecek2 kan dan boleh dah gune durian fresh je.
  3. Pukul fresh cream sehingga kental.
  4. Campurkan sedikit filling custard atau durian fresh, kacau kan.

Cara-cara lipat:

  1. Pilih bahagian yg kasar di dalam.
  2. Letak cream setompok letak isi durian atau filling durian kemudian letak cream lagi.
  3. Lipat ketat-ketat supaya nampak gemuk.
  4. Selamat mencuba!

Nota: Resepi ini boleh dapat sehingga 80-90 biji.

Kredit: Azlina Ina Fans

 

tags: | |