Malaysia sekarang di landa musim panas yang sangat teruk di mana suhu boleh mencapai hingga ke 37. Ada juga kanak-kanak yang meninggal dunia akibat strok haba menyebabkan kematian. Sebab itulah semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk minum air mencukupi supaya tidak ‘dehydrate’.
Namun ada yang mengejutkan lagi adalah apabila kedai Eco-Shop menjual buah Tembikai, kerana jarang sekali untuk Eco-Shop untuk menjual buah-buahan yang besar. Netizen terus bertanya Eco Shop di mana dan bagaimana cara pengiraan buah tersebut.
Video ini dikongsikan oleh s.i.z.s89 di laman media sosial TikToknya. Beliau memberitahu di ruangan kapsyen dengan menulis,
“Bila musim panas melanda, buah ini sahaja penawarnya”, ujar beliau.
Apa yang lagi mengejutkan adalah harganya hanya RM2.40 sahaja!
Para netizen mula bertanya di Eco-Shop mana kerana di kawasan rumah mereka tiada pula Eco-Shop ini menjual buah-buahan.
“Eco-shop Segamat kan? Tembikai ada, Betik ada, Limau mandarin ada, Nenas ada. Macam-macam ada!” komen netizen bernama Hadrey Ali My di ruangan komen video itu.
Jika dilihat, berbakul-bakul pelanggan membeli buah tembikai di dalam Eco Shop ini kerana jarang sekali Eco Shop mengeluarkan produk sebegini.
Campur pula dengan musim panas sekarang, ini adalah peluang yang terbaik untuk membeli dengan ‘Harga Rahmah’.
@s.i.z.s89 bila musim panas melandeee.. buah ni jela penawarnyee
@s.i.z.s89bila musim panas melandeee.. buah ni jela penawarnyee
Meninjau di ruangan komen, ramai juga netizen yang memberi komen bahawa Tembikai sebenarnya membuatkan badan kita lagi panas.
Semoga Eco-Shop di negeri lain juga ada menyediakan buah-buahan seperti di Eco Shop Segamat ini kerana ianya lain dari yang lain.
Kredit: s.i.z.s89