Untuk menghargai pasangan, kita pastinya akan berikan sesuatu yang istimewa. Masyarakat kita juga sudah terbiasa dengan mengadakan detik kejutan yang boleh membahagiakan pasangan.
Namun, sebuah perkongsian di TikTok ini bukan saja buatkan pasangan ini terkejut, malah geli hati! Netizen pun nampaknya terhibur dengan insiden kelakar yang berlaku.
Seperti yang dikongsikan oleh @ijjatulss, pada asalnya dia sudah memesan sepotong kek di sebuah restoran Arab.
Sempena sambutan Hari Ulangtahun Perkahwinan bersama suaminya, dia pun meminta untuk staf di restoran untuk menulis ucapan Happy Anniversary pada kek yang dipesan.
Sejurus saja kek itu sampai, kedua-dua suami dan isteri tak dapat menahan ketawa apabila mendapati kek yang dipesan sudah ditulis “Happy Amtasary Baby”.
@ijjatulss Asalnya order kek dan suruh tulis happy anniversary . Sampai nya lain😂😂😂 Amtasary pon boleh laa. Yakin sangat dia sampai nyanyi happy birthday to u😂kunafah iloveyou3000
Tak hanya itu, pekerja restoran juga dengan yakinnya telah menyanyikan lagi Selamat Hari Jadi pada mereka berdua.
Mula-mula rasa nak marah, tapi tak jadi sebab lucu sangat katanya! Bak kata si pemuat naik video, dia dan suami terpaksa redha dengan kejadian ini.
Ada netizen yang menganggap insiden kelakar ni terjadi kerana staff restoran tersalah dengar permintaan pelanggan. Jelas si pemilik video, dia siap beritahu dan tulis di atas kertas.
Akibat perbezaan ejaan yang ketara, ramai juga netizen yang mengagak tulisan wanita ini mungkin sukar untuk difahami.
Si pemilik video juga sempat berseloroh sambil mengatakan perkataan ‘Amtasary’ ini mungkin Bahasa Arab!
Melihatkan tulisan yang salah di pinggan kek, netizen lega sekurang-kurangnya perkataan ‘baby’ yang ditulis adalah tepat. Bahaya juga kalau salah!
Meninjau ke ruangan komen, salah seorang netizen yang pernah ke restoran Arab sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama.
Menurutnya, dia minta pekerja untuk tulis ‘Gonna Miss You Sis’, tapi lain pula yang ditulis. Yang lebih melucukan, pekerja siap buka lagu Hari Jadi masa nak hantar pencuci mulut yang dipesan. Sama macam suami isteri ini!
Walaupun kejutan tak berlaku seperti yang dirancang, namun kejadian melucukan sebegini pasti akan buatkan kita teringat sampai bila-bila.
Apa pengalaman paling kelakar yang anda pernah alami ketika menyambut hari istimewa dengan rakan atau keluarga?
Sumber : TikTok @ijjatulss