Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Elak Beli Buah Dari ‘2 Negara’ Ini, Baca Label Terlebih Dahulu Sebelum Beli!

Elak Beli Buah Dari ‘2 Negara’ Ini, Baca Label Terlebih Dahulu Sebelum Beli!

Kategori: ,
elak buah dari 2 negara ini

Buah-buahan merupakan antara makanan sampingan yang dapat menyihatkan tubun badan manusia. Setiap buahan ada vitaminnya yang tersendiri. Zaman sekarang memang sangat mudah untuk kita mendapatkan pelbagai jenis buahan. Di pasaran juga memang terdapat pelbagai jenis buahan, sama ada buahan yang dikeluarkan oleh negara kita sendiri atau pun yang diimport dari negara luar.

Namun suka diingatkan, jika anda membeli buahan yang diimport dari negara luar. Pastikan anda perhatikan betul-betul ia dari negara mana. Antara negara yang perlu dielakkan adalah negara USA dan China. Berkenaan dengan isu ini, jom kita ikuti perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan di bawah ini.

Baca Label Terlebih Dahulu, Elak Beli Buah Dari Negara China Dan USA

Nak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca. 

Walaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana. 

Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.

Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.

Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya.

Dua negara ni, saya cuba elakkan.

Anggur dari South Africa.

Saya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas.

Bagus sangat macam ni kan. Buat lebih ramai akan cakna dengan buah dari negara mana yang kita nak bagi keluarga makan.

Sama-sama kita cuba k, setiap hari tambah sedikit ilmu baru tentang tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat.

Jadi untuk lebih selamat dan sihat. Pastikan setiap kali anda mahu membeli buah, teliti atau perhatikan dulu buahan tersebut dari mana. Pentingnya menjaga pemakanan agar tubuh badan kita sentiasa sihat.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan 

Baca juga: Jangan Salah Pilih Telur, Ini Tips Penting Yang Wajib Anda Guna Ketika Beli Telur Ayam

 

 

 

tags: |